Lama juga tak update blog ni. Cuti-cuti ni busy jer.. tak sempat nak menulis pun. Ni cerita hari sabtu. Dah nak basi dah. Tapi masih boleh dikongsi…
Sabtu tu ada larian 10km di Bukit Jelutong Shah Alam. Aku dan suami ambil juga bahagian. Wahh.. dah lama tak lari sejauh itu. Boleh ker.. tambahan pula BukitJjelutong tu kawasan berbukit. Memang mencabar..
Pagi tu kami sampai di Bukit
Jelutong jam 7.00 pagi. Acara bermula
7.30 pagi. Sempatlah exercise sikit..
alaa.. buat ringan-ringan jer..sekadar termampu. Terlalu mendesak pun payah jugak.. takut tak
tercapai. Tepat 7.30 pagi para peserta
di lepaskan.. lari lahhh..
Mula-mula tu ok jer.. tak
terasa sangat. Tapi bila dah sampai ke
kawasan berbukit..huhuhuuh.. tak laratt.
Mulanya aku, suami dan Baz lari bersama.. tapi bila sampai di kawasan
agak tinggi..aku tertinggal di belakang.. tak larat nak bersaing lagi dah.
Gagah juga melangkah. Suami dan Baz dah jauh ke depan…Kuat juga dia
orang nih. Sampai di check point
pertama..ada air. Ambil dua cawan (cawan kertas jer)..minum..jalan..dan lari
semula. Sempat juga tanya adik yang
menjaga tu.. jauh lagi ker.. alahai akak.. lagi 4km jer..
Makk aaiihhh.. dah penat
sangat nihh.. 4km tu jauh lagi laa… dengan segala kudrat yang ada aku teruskan
juga. Lari.. berjalan..dan larii.. akhirnya sampai juga di garisan penamat. Syukur ..walaupu tak dapat medal..tapi aku
berjaya menamatkan larian 10km tanpa sebarang gangguan kesihatan pun. Dapatlah
jugak sijil. Tak per lain kali cuba
lagi.
Rupanya suami dan Baz dah
sampai dulu. Mereka berdua menunggu aku
rupanya. Tahniah buat suamiku kerana dapat juga medal..walaupun dah tak
larat. Buat Baz juga..dia sampai lebih
awal lagi..tapi oleh kerana Baz tidak mendaftar sebagai pelari maka lariannya
tidak diambil kira. Tak apalah. Ianya boleh mengukur sejauh mana kemampuan
kita. Tahniah juga buat baz kerana berjaya
mendahului abah dan ibu..
Petangnya lepak kat
rumah..letih dan penattt..
yang ni nombor larian aku..
baru selesai senamrobik...
sempat posing..sebelum acara bermula
time ni dah tercungap-cungap...
kat depan tu kena mendaki..huhuhuu
tahniah bang... dapat la jugakkk
kak lia, xpe exercise...:)
ReplyDelete