...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, May 11, 2012

TEMAN LAMA....

JUMAAT. 11/5/2012
Aku memandang kearahnya.  Dia juga seakan memandang aku.  Kami bertentang mata.  Lama.  Aku senyum.  Dia juga senyum sambil menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
“Chombieeee…”
“Kerja kat sini ker”
“Ahaa……..Hanaa”
Aku mengangguk sambil menghulur tangan ke arahnya.  Kami bersalaman.  Lantas berpelukan. .  Umpama sepasang kekasih yang lama terpisah… namun siapa yang dapat mengiakan lantaran aku perempuan dan dia bukannya lelaki.
Aku lihat matanya berkaca menahan sebak.  Lama sungguh kami tidak bersua muka.  Hampir 18 tahun.  Satu jangka masa yang agak lama.  Barangkali inilah ketentuan Tuhan.  Menemukan aku dan dia dalam situasi yang tidak di duga.
“Bawa sapa?”
“Teman kawan… dia ada follow up..hang kerja sini ka” isshh..dia saja mengejek loghat penang aku.  Perangainya masih tak berubah.  Peramah dan tetap mesra.
“Ahaa.. sejak aku berhenti kat MBSB 18 tahun dulu.. kat sinilah aku…sampai pencen kot..hehehhe”
“Ok lah.. ada jugak kerja”
“Kau masih kat situ ker.. ‘
“Tak lah.. aku buat bisness la ni”
“Wahh..macam best saja.. join ngan hubby ke”
Dia tunduk.  Diam tanpa sepatah kata.
“Kami dah berpisah”.
“Opppss.. maaf kalau kau terguris dengan soalan aku.  Aku tak bermaksud untuk buat kau rasa tak selesa”
Ähh…bukan salah kau pun..aku yang terlalu emosi”
Mendengar  cerita Hana..aku jadi terharu,  sebak, marah dan berbagai perasaan bermain di fikiran.  Begitulah kita.  Kadangkala sesuatu yang tak terduga datang meragut bahagia.  Damai pun tergugat… yang ada cuma sisa-sisa ketabahan dan keyakinan yang masih berbaki.  Itupun jika kita kuat.  Dan seharusnya satu pujian untuk Hana kerana dia begitu kuat dan tabah mengharungi perjalanan hidup bersama tiga orang anak yang sedang membesar ketika itu.
Telah puas dia mengharung kepayahan dalam membesarkan anak-anak.  Telah puas juga meminta pertolongan dari keluarga dan saudara mara.  Mana mungkin mereka dapat membatu sepanjang masa.  Lama kelamaan sedikit rasa meluat akan terpalit juga dihati. Ah.. betul rupanya kata pepatah.. kasihnya saudara masa berada. Bukankah semasa kita berada saja???? Bantuan yang diberi kadangkala menjadi ungkitan.  Padahal dia juga banyak membantu persekolahan adik-adiknya ketika mereka masih bersekolah.
Tahnhiah untuk Hana kerana bangkit dari kepayahan dan kesakitan yang membelenggu.  Wanita tabah ini berjaya juga mencapai tahap sepertimana sekarang tanpa sebarang sokongan dari orang-orang tersayang.  Hanya anak-anak yang menjadi kekuatan.  Syukur padaNya yang masih memberi sedikit ruang untuk bernafas.
“Tiada siapa yang dapat mengubah atau membantu diri kita …kecuali kita sendiri yang berusaha mengubahnya .. menangis dan meratap hanya membuang masa.  Bangkit dan teruskan hidup”.
Itu kata-kata Hana sebelum kami berpisah.  Terima kasih Hana.  Pertemuan singkat itu sebenarnya membawa kami bercerita masa silam yang penuh dugaan dan cukup bercelaru. 
Atas sebab-sebab tertentu Hana tidak membenarkan gambarnya diupload dalam blog aku..sekali pun kami sempat juga bergambar kenangan.  Aku hormati permintaan Hana.  Wanita tabah ini cukup berjaya sekarang.  Tahniah. Aku cukup berbangga dengan mana-mana sahabatku yang telah berjaya dalam perniagaan.  Semoga tuhan memberi rezeki yang melimpah… dan sekiranya aku berpeluang kearah itu..alangkah manisnya….

betul-betul nostalgia..seterika arang..
apa kena mengena dengan cerita ni yer...tak ada apa pun..sekadar
gambar hiasan


yang ni pun nostalgia jugak... pengisar
kalu nak buat kuih guna tepung beras kena kisar dulu beras
yg dah direndam...memang ambil masa yang agak lama dan kena sabar..
tu pasal kuih orang dulu-dulu teramat sedapppp

 

4 comments:

  1. kak, saya doa kan moga akak pun berjaya dlm bisness akak nanti....amin...

    ReplyDelete
  2. sedihnyer bc kisah kwn kak lia tu
    betul kt dia kita mesti bangkit & teruskan hidup
    sbb hidup kita masih jauh
    ank2 masih perlukan kita

    ni naik smngat nk jd org brjaya
    sy doakn kita brdua brjaya dlm bisnes 1 hr nnti
    br kita bole round the world

    ReplyDelete
  3. Saper errkk yang komen ni.. kalau lah tak silap andaian..ni INA kan..

    ReplyDelete