KHAMIS.
31/5/2012
CUTI. Memang apply cuti ari ni. Bawa Baz ke Sime Darby Medical Centre kat
Subang Jaya. Nak check mata dia. Dah dua
minggu merah. Pelik jugak mata Baz
ni. Tak gatal..tak sakit..tak
melekat. Dah pergi pun klinik biasa tapi
tak menjadi jugak. Akhirnya buat
appointment dengan pakar mata kat SDMC.
Hari ni pagi lagi dah sampai
SDMC. Jam 9.30 dah siap register. Kebetulan orang tak berapa ramai.. Tunggu kat depan bilik doctor. Kejap jer duduk dah kena panggil. Cepat sungguh.
Jam 10.15 dah selesai
semua. Ambil ubat..next appointment
semua lengkap. Dah boleh balik. Mana nak pergi errkk? Soping?..makan?? Baz nak makan lah. Dia nak sangat makan kat situ. Tempat tu memang peberet kami pun.
registration counter...tak ramai pun
pemeriksaan mata...
tunggu ubat.......
11.20 dah sampai. Yuhuuu..orang tak ramai lagi. Banyak tempat duduk. Boleh pilih-pilih. Ahaa..order dan makan. Ikan bakar Bellamy yang sedap. Aku tak makan nasi pun. Meratah jer.
Maka inilah hidangan tengahari aku dan Baz. Kerang bakar.. sotong.. ikan keli.. dan
terubuk. Layan pulak dengan air
kelapa. Apalagi cuaca panas
berbahang..Memang layan habisss.
kerang bakar...ikan terubuk kat sebelah..
sotong bakar..nyumm..nyumm..
ikan keli..memang peberet Baz...
Sempat juga singgah Tesco
beli barang dapur. Balik rumah letih dan
kenyang.. zzzzzzzzzzzzzzzz….
No comments:
Post a Comment