SELASA. 12/6/2012
Uikksssss… lamanya tak jengah blog sendiri. Nak menulis pun rasa malas. Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba saja datang. Malas dan malassss.. huhuhuu.. penyakit kot. Bukan tak ada bahan untuk dikongsi. Banyak. Tapi segalanya seperti tak menjadi.
Hari ni aku gagah juga untuk menulis. Jika dibiar terlalu lama.. nanti usang pulak blog aku. Penuh habuk dan sesawang. Ialah, macam rumah usang yang tak berpenghuni. Suram dan kadangkala menyeramkan…
Ada juga yang tanya kenapa tak update blog. Rupanya ada juga yang mengikuti perkembangan aku melalui tulisan. Katanya dia dah mula meminati hasil tulisan aku. Alahai.. aku menulis untuk kepuasan sendiri.. sekadar berkongsi cerita… sedih, suka dan kadangkala sedikit rasa duka.. betulkah begitu?? Terpulang pada penerima. Tapi apa yang tertulis adalah cebisan dari sebuah kehidupan yang dilalui.
Hari ni terasa sepi sekali. Baz dah kembali ke asrama. Ahad lepas aku dan suami menghantar dia. Aku cuba menahan sebak di dada bila dia bersalam dan memeluk aku di saat mahu beredar. Namun tak daya.. airmata tumpah juga..Emosi sedikit terusik…Sedih berlagu pilu. Alangkah…
Ahad depan jumpa lagi.. seminggu jer. Hati mula memujuk. Ahaaa.. benarlah seminggu. Tapi ruang yang ada terasa benar sepinya.. Di mana-mana....
No comments:
Post a Comment