...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Sunday, February 2, 2014

DINNER KAT BUBBA GUMP...

AHAD. 2/2/2014

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang.  Tak kemana-mana pun.  En Hubby kena kerja huhuhu.   Nasib Baz balik bercuti.  Tak lah sunyi sangat.

Semalam ada orang ajak pergi dinner.  Huh.. semangat bukan main. Maklumlah dah lama tak dinner ramai-ramai.  Dinner kat luar pun kami bertiga jer..hehehe

Jauh lah jugak dinner nya.  Nun kat Citta Mall Ara Damansara.  Wah kat Bubba Gump Shrimp Co lagi!..  Kalau siapa pernah menonton cerita Forest Gump, rupanya Bubba Gump ni hasil dari inspirasi cerita Forest Gump yang diterbitkan pada tahun 1994.  Banyak cawangan sebenarnya..hampir seluruh dunia..dan kat Malaysia ni yang terbaru di Citta Mall selain dari Sunway Pyramid dan The Curve.  Tu pun kalau tak silap lah.


Bagi penggemar udang bolehlah try mai makan kat sini.  Aku pun first time sampai.... blur sekejap.  Macam-macam menu udang ada kat sini.  Nama menu adalah nama watak-watak yang terdapat dalam filem Forest Gump.  Jom tengok menu…ada yang terlupa pun nama menu nya !  Penaja kata boleh order apa saja.. Apalagi jom order...

Apa pun terima kasih pada adik ku yang jadi penaja.  Semoga dimurahkan rezeki olehNya. Juga happy belated birthday pada birthday boy @ Sett yang sporting malam tu..(siap goyang lagi)..leka tepuk tangan tak sempat nak ambil gambar.



pintu masuk



sempat juga Baz posing



sebelum order letak sign ni RUN FOREST RUN
bila nak order letak sign ni STOP FOREST STOP
(tapi aku lupa nak snap sign STOP FOREST STOP)



Shrimper’s Heaven... sedap udang dia


yang ni aku lupa nama menu nya..



ni menu dinner kami



dah kenyang..
terima kasih pada penaja yang menaja dinner malam tadi


Thursday, January 23, 2014

PALING LARIS.... TELEKUNG LYCRA 2 TONE WARNA

KHAMIS. 23/1/2014

Hari ni nak buat iklan lah sikit. Saja nak tolong kawan-kawan berbisnes. Rezeki dari Allah Taala.  Cuma kita perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan.  Bila ada kejayaan..adalah rezeki.  Namun aku amat bersyukur kerana dalam tahun ini dilimpahkan rezeki olehNya. Semoga dipermudahkan segala urusan.  Amin.

Sekarang ni musim orang pakai telekung lycra.  Sana sini lycra.  Sama ada untuk solat atau untuk mengerjakan umrah.  Melambak kat Jalan TAR.  Mat Bangla pun jual telekung lycra.

Tapi yang aku nak cerita ni special sikit.  Telekung lycra 2 tone dari Korea dengan gred AAA yang berkualiti tinggi. Tidak seperti yang di jual di pasaran.  Telekung ni custome made dan dijahit sendiri oleh tukang jahit khas untuk fabric lycra sahaja.  Jahitan kemas dan cukup selesa.

Aku dah beli satu.  Memang berbaloi sangat. Harga pun ok.  Fabrik lembut, tidak berkedut, tidak panas dan amat selesa. Kalau nak tahu..kenalah beli satu.  Dan bagi yang mengenali aku dan selalu melawat blog ni kalau nak tengok sample pun boleh.  Bagi sesiapa yang nak order atau nak tanya boleh lah contact no ni 019 322 6116.

Apalagi..jom la layan gambar yang mana aku sempat upload kat sini.



 tiga warna yang paling digemari



memang cantik


jom order...





Saturday, January 18, 2014

JALAN-JALAN KE UTARA...

SABTU. 18/1/2014

Ni cerita lama ..Cerita masa cuti sekolah Disember lepas. Masih lagi cerita cuti.  Hari tu bercuti di selatan.  Kali ni nak cerita bercuti di utara lah pulak.  Kalau time cuti cenggini tak balik kampung memang tak sah lah.

Baz pun sibuk nak balik kampung.  Maklum cuti sekolah panjang.  Dia nak sangat duduk ngan Mak Tok dan Tok Ayah di kampung untuk seminggu atau dua minggu pun tak kisah.

Jadi bawalah juga Baz balik kampung.  Kesian pulak tengok dia kat rumah ni sorang jer.  Asyik layan PS3.. Duduk lah dia kat kampung.. bermanja ngan Mak Tok dan Tok Ayah.

Sebelum result PMR diumumkan hari tu, aku dan Mr hubby pun bercuti lah untuk selama beberapa hari. (itu saja cuti yang masih berbaki).  Nak ambil Baz balik semula ke KL dan bercuti untuk beberapa hari. Bila dah balik kampung tu mulalah langkah panjang.  

Nak pi mana errkk???  Mula-mula abah nak ajak pi Pekan Rabu di Alor Setar. 



dah sampai..Pekan Rabu Alor Star


Lama juga aku tak singgah Pekan Rabu.  Dah banyak yang berubah.  Gerai jualan pun Nampak lebih kemas dan teratur.  Banyak yang dijual sebenarnya.  Dari makanan hinggalah ke pakaian.  Nak borong?? Jom pilih…



yang ni best..macam-macam acuan ada



makanan tradisi



ikan masin..pekasam


Poket dah ringan pun.  Hehehe..macam bocor jer.. Lepas ni nak beli apa lagi??  Ada lagi yang belum beli tuuu..

Ibu nak pi Padang Besar boleh tak??

Jauh sangat tu.

Nak beli apa?

Jersey bola yang latest..

Senyum sambil jelling Mr Hubby.

Jommmm…

Huhuhuu.. rasa macam nak melompat jer..

Lepas Pekan Rabu kami ke Padang Besar lah pulak..di negeri Perlis bersempadan dangan Thailand.



dah nak sampai pun...

Nak melawat Gua Kelam tak?

Tak mo laaa.. terus pi Padang Besar.. Sopingggggg..

Yeeaayyyyy.. dah sampai pun Padang Besar.  Huhuhuu.. ramainya manusia kat sini.  Cuti sekolah macam nil ah.  Nak parking kereta punyalah payah.  Melilau sakan..



yuhuu.. start sopinggg..



rambang mata..macam-macam ada....



jom naik motor..ronda-ronda.....




Friday, January 17, 2014

HARI UNTUK LEPAK...

JUMAAT. 17/1/2014

Cuti hari Thaipusam.  

Tak ada rancangan nak kemana pun.  Kebetulan semalam Baz balik bercuti.  Bawa balik kawan.. 2 orang. Jadi hari ni aku masaklah untuk mereka.  Lepas solat jumaat dia orang dah nak balik ke Seremban semula.  Mungkin ada hal kot.  Yang tinggal cuma Baz...

Hari ni Baz banyak habiskan masa buat kerja sekolah.  Adalah dua tiga subjek. Nampak dia macam penat jer.  Apa tak nya malam tadi tidur lewat.  Layan PS3 dengan kawan-kawan sampai ke pagi..  Huhhh.. dah biasa bila time cuti macam ni.  

Hari ni masak kari ikan.  Lupa nak snap gambar pun.  Dah lama Baz tak makan kari.  Dan dia yang request nak makan kari.  Wahh.. aku tengok bertambah dia makan.. 




pic lama....kari ikan siakap



Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435

SELASA. 14/1/2014

Cuti Maulidur Rasul.  

Salam Maulidur Rasul kepada Muslimin dan Muslimat juga pembaca blog Mamaleeya. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkataan dariNya.

Minta maaf kerana sejak akhir-akhir ni Mamaleeya jarang nak update blog.  Kekangan masa dan sibuk dengan rutin pejabat menjadikan segalanya amat terbatas.

Mamaleeya akan cuba mengupdate blog ini sekerap mungkin.  Terima kasih pada pembaca yang sentiasa memberi sokongan.  Ada email yang Mamaleeya tak sempat nak balas.  Nak BW pun tak sempat...



Sunday, January 5, 2014

SELAMAT ULANGTAHUN ANAKKU…

AHAD. 5/1/2014

Genap usia Baz 16 tahun hari ni.  Satu-satunya anak tunggal yang kami ada.  Apapun bersyukur padaNya kerana memberi yang terbaik pada Baz.  Seorang anak yang baik, anak yang mendengar kata, anak yang cemerlang!  Semoga semua ini akan berterusan selagi hayat dikandung badan.  Insyaallah.  Semoga dipermudahkan olehNya. 

Hari ni aku dan Mr hubby ke SDAR.  Rutin mingguan sejak dari Baz tingkatan 1 lagi.  Seminggu sekali mesti nak pergi tengok dia.  Mesti luangkan masa.  Mesti.. Itu adalah jadual penting setiap hari ahad.

Kebetulan hari ni birthday Baz.  Jadi belanja lah juga kawan-kawan dorm dia.  Tak ramai pun, cuma lapan orang jer. Apa nak beli kali ni.  Ahaa.. KFC kan senang.  Apalgi jom beli…



tunggu order...


Sampai kat SDAR jam 12.30 tengahari.  Birthday boy dah tunggu la..  Kami lepak kat kantin.  Makan dan borak ..


untuk kawan-kawan dorm

“Untuk Baz selamat ulangtahun yang ke 16.  Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dilindungi Allah selalu.  Teruskan menjadi anak yang baik dan cemerlang.  Ibu dan abah sentiasa mendokan yang terbaik buat Baz.  Semoga berjaya di dunia dan akhirat.  Amin.”


birthday boy...






hehehe.. sempat jugak..

Wednesday, January 1, 2014

KEMBALI KE SEKOLAH...

RABU. 1/1/2014

Cepatnya masa berlalu.  Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru. Macam tahun-tahun sebelum ni..Baz dah pun kembali semula ke asrama.

Jadi acara hari ni memang padat.  Pagi lagi dah bersiap nak ke Seremban.  Pendaftaran pelajar bermula hari ni.  Semua dah ready.  Baju, kasut, beg dan segala macam keperluaan sekolah dah sedia.  Yang penting duit yuran, duit makan dan segala macam duit perlu ada sewaktu pendaftaran nanti.  Senarai semak juga dah lengkap!..Jom gerak ke SDAR…

Awal juga kami sampai.  Sebenarnya pendaftaran jam 2 petang.  Datang awal penting sebab nak kemaskan dorm.  Lepas settle semua pergi makan kat Senawang.  Legaa.. semua berjalan lancar.



Cuma lepas ni aku mesti rasa sunyi.  Sebulan lebih Baz ada bercuti bersama kami.  Balik kerja dia mesti bukakan pintu.  Tapi esok dah tak der semua tu.. Rasa sedih, sebak, pilu mula memenuhi ruang hati.  Alangkah!.. Tadi pun sewaktu mahu meninggalkan Baz, aku peluk tubuhnya erat-erat. Ada juga airmata yang gugur.. Ah..hati seorang ibu..

Jadi untuk mengubat rasa sedih itu,,Mr hubby dah janji nak singgah Mantin.  Apalagi…mesti nak makan durian.. Huh.. memang rezeki lah.  Durian melambak.  Amik kau! Makan selagi boleh.  

Bukan durian saja yang dijual.  Macam-macam buah ada.  Manggis, rambutan, duku langsat, cempedak, nangka madu, belimbing, nenas dan aku pun tak ingat buah apa lagi yang ada. Asyik leka makan durian sampai lupa nak snap semua gambar.. Jadi ni saja yang aku sempat ambil....



dah sampai...



yuhuu... berbakul-bakul



terbaekkk laaa..



nangka & pulasan



duku langsat & belimbing.

Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

SELASA. 31/12/2013

Apa azam tahun baru?  Azam???..Alahai azam tahun lepas pun tak tertunai lagi.  Jadi azam tahun ni nak sambung azam tahun lepas lah.  Hahahaa..

Apa pun azam yang kita buat, sama-sama berusaha untuk mencapainya.  Tapi jika gagal bukan bererti gagal untuk selamanya.  Bangun selagi mampu dan terdaya.  Barangkali ada hikmah disebaliknya.  Bukankah Tuhan itu maha mengetahui?  Jadi untuk tahun 2014 aku akan lebih berusaha untuk mencapai sebuah impian.


SELAMAT TAHUN BARU 2014 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG MAMALEEYA.



Thursday, December 26, 2013

PROGRAM CUTI KAMI : SINGGAH ZIARAH MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

KHAMIS. 26/12/2013

Hari ke empat.@ hari terakhir program cuti kami

Dalam perjalanan balik kami singgah Melaka.  Kebetulan kakak  aku menetap di Melaka.  Apalagi jom serbu.

Tapi sebelum sampai Melaka singgah jap JPO.  Hujan lebat sepanjang perjalanan hinggalah ke JPO. 

hujan lebat di JPO





beratur dulu sebelum masuk COACH..


Tak banyak tempat yang kami lawat pun.  Maklumlah dah selalu sangat ke Melaka jadi semua tempat dah pun kami redah.  Jadi ambil keputusan dok rumah.  Borak dan makan-makan.  Tu saja acara yang ada.

Dalam tak banyak acara pun, sempat juga melawat Muzium Kapal Selam. Terletak berhampiran Pantai Klebang. Special request dari Baz.  Dia memang minat benda-benda tu semua.  Layan..



muzium kapal selam




Singgah juga kat Perkampungan Hang Tuah.  Tempat ni tak jauh dari Perigi Hang Tuah.  Perkampungan ni baru dibuka.  Ada beberapa rumah kayu yang cantik.  Semuanya dah tertulis.. Hang Tuah, hang Jebat..Hang Lekir..Hang Kasturi dan Hang Lekiu.




perkampungan Hang Tuah





Lewat petang balik ke KL.  Jalan tersangatlah  jem teruk.  Terhinggut-hinggut.  Last Mr Hubby amik susur Senawang dan keluar ke LEKAS. Huhh.. 10.30 jugak sampai rumah. Letih sangat-sangat… Esok kerja la pulakkkkkk.

Wednesday, December 25, 2013

PROGRAM CUTI KAMI : RESTORAN ZZ MEE REBUS TULANG JALAN PETRIE MEMANG TERBAEKK..

RABU. 25/12/2013

Hari ke tiga.

Hari ketiga kat JB.  Jam 12 dah nak check out. Breakfast kat bawah.  Ramai pulak kali ni.  Aku rasa ada yang datang untuk seminar atau untuk family day.  Sebabnya ramai yang pakai baju T sama warna..dari budak kecil sampailah orang dewasa.

Menu lebih kurang semalam lah jugak.  Cuma hari ni tak  der soto.  Tak kisah.  Belasah selagi mampu. Asal kenyang.

11.30 pagi kami dah ready nak check out.  Dah turun ke lobby pun.  Hehe lain kali nak datang JB lagi.. tapi nak cari hotel lain lah pulak.

Destinasi kami seterusnya nak cari Restoran ZZ kat Jalan Petrie JB.  Aku pernah baca dari blog katanya mee rebus tulang kat situ memang sedap gilerr.  Jadi apa lah lagi.  Desak jugak Mr Hubby suruh cari tempat tu.  Tak susah pun.

Sebenarnya mee rebus kat johor memang sedap.  Selalu jugak dengar mee rebus Haji Wahid.  Tapi yang tu dah biasa makan.  Cawangan dia kat Putrajaya pun ada.  Lagi satu kat Hartamas Aji Don.  Mee rebus Baidali. Tu pun cawangan dari mee rebus Hj Wahid lak jugak.  Cuma yang Hartamas ni diusahakan oleh anak dia.. En Nasir. (Dah pernah borak pun dengan En Nasir ni)



dah jumpa pun... jom serbu..


Huhh.. jumpa la juga tempat yang dicari.  Tak jauh dari Zoo Johor dan Masjid Sultan Abu Bakar.  Lepas terowong dah nampak. Tempat memang best pun.  Nak duduk kat pondok pun boleh.. nak duduk kat meja biasa pun ok. Boleh pilih. 



tunggu order..lepak jer kat pondok..



ni dia mee rebus tulang...



terbaeekkk laa.. siap ada straw untuk sedut apa 
saja kat dalam tulang



Menu pilihan semestinya mee rebus tulang dengan air kelapa fresh.  Memang sedap gilerr.. daging dia lembut..dan boleh sedut guna straw lagi kat lemak-lemak dalam tulang tu.. patutlah ramai yang kata sedap.  Memang terbaeekkk.. Lain kali boleh mai makan lagi.



Baz paling suka!..