SABTU. 18/1/2014
Ni cerita lama ..Cerita masa cuti sekolah Disember lepas. Masih lagi cerita cuti. Hari tu bercuti di selatan. Kali ni nak cerita bercuti di utara lah
pulak. Kalau time cuti cenggini tak
balik kampung memang tak sah lah.
Baz pun sibuk nak balik kampung. Maklum cuti sekolah panjang. Dia nak sangat duduk ngan Mak Tok dan Tok
Ayah di kampung untuk seminggu atau dua minggu pun tak kisah.
Jadi bawalah juga Baz balik
kampung. Kesian pulak tengok dia kat
rumah ni sorang jer. Asyik layan PS3..
Duduk lah dia kat kampung.. bermanja ngan Mak Tok dan Tok Ayah.
Sebelum result PMR diumumkan
hari tu, aku dan Mr hubby pun bercuti lah untuk selama beberapa hari. (itu saja
cuti yang masih berbaki). Nak ambil Baz
balik semula ke KL dan bercuti untuk beberapa hari. Bila dah balik kampung tu
mulalah langkah panjang.
Nak pi mana
errkk??? Mula-mula abah nak ajak pi
Pekan Rabu di Alor Setar.
dah sampai..Pekan Rabu Alor Star
Lama juga aku tak singgah
Pekan Rabu. Dah banyak yang
berubah. Gerai jualan pun Nampak lebih
kemas dan teratur. Banyak yang dijual
sebenarnya. Dari makanan hinggalah ke
pakaian. Nak borong?? Jom pilih…
Poket dah ringan pun. Hehehe..macam bocor jer.. Lepas ni nak beli
apa lagi?? Ada lagi yang belum beli
tuuu..
Ibu nak pi Padang Besar
boleh tak??
Jauh sangat tu.
Nak beli apa?
Jersey bola yang latest..
Senyum sambil jelling Mr
Hubby.
Jommmm…
Huhuhuu.. rasa macam nak
melompat jer..
Lepas Pekan Rabu kami ke
Padang Besar lah pulak..di negeri Perlis bersempadan dangan Thailand.
dah nak sampai pun...
Nak melawat Gua Kelam tak?
Tak mo laaa.. terus pi
Padang Besar.. Sopingggggg..
Yeeaayyyyy.. dah sampai pun
Padang Besar. Huhuhuu.. ramainya manusia
kat sini. Cuti sekolah macam nil
ah. Nak parking kereta punyalah
payah. Melilau sakan..
yuhuu.. start sopinggg..
No comments:
Post a Comment