KHAMIS. 26/12/2013
Hari
ke empat.@ hari terakhir program cuti kami
Dalam perjalanan balik kami
singgah Melaka. Kebetulan kakak aku menetap di Melaka. Apalagi jom serbu.
Tapi sebelum sampai Melaka singgah jap JPO. Hujan lebat sepanjang perjalanan hinggalah ke JPO.
hujan lebat di JPO
beratur dulu sebelum masuk COACH..
Tak banyak tempat yang kami
lawat pun. Maklumlah dah selalu sangat
ke Melaka jadi semua tempat dah pun kami redah.
Jadi ambil keputusan dok rumah. Borak
dan makan-makan. Tu saja acara yang ada.
Dalam tak banyak acara pun,
sempat juga melawat Muzium Kapal Selam. Terletak berhampiran Pantai Klebang. Special request dari Baz.
Dia memang minat benda-benda tu semua.
Layan..
muzium kapal selam
Singgah juga kat
Perkampungan Hang Tuah. Tempat ni tak jauh
dari Perigi Hang Tuah. Perkampungan ni
baru dibuka. Ada beberapa rumah kayu
yang cantik. Semuanya dah tertulis..
Hang Tuah, hang Jebat..Hang Lekir..Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
perkampungan Hang Tuah
Lewat petang balik ke
KL. Jalan tersangatlah jem teruk.
Terhinggut-hinggut. Last Mr Hubby
amik susur Senawang dan keluar ke LEKAS. Huhh.. 10.30 jugak sampai rumah. Letih
sangat-sangat… Esok kerja la pulakkkkkk.
No comments:
Post a Comment