...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Monday, December 23, 2013

PROGRAM CUTI KAMI : KACANG POOL HAJI - JB

ISNIN. 23/12/2013

Mana nak pergi cuti sekolah ni yer.

Hehehe.. mana lagi.. jom la kita pergi USS.. Dah lama sangat teringin nak pergi tau. Macam best jer tempat tu..

Jadi destinasi percutian kami kali ni ke USS pada penghujung November lepas.  Pakej 3 hari 2 malam . Menginap di hotel JB. 



menuju ke JB..perjalanan makin best..

Hari Pertama.

Tadaa…  pagi tu kami bertolak awal.  Awal lah juga sampai di JB.  Maklumlah check-in jam 3 ptg.  Sempat lagi ronda Bandar JB. Nak cari Nasi Beriyani Gam sebenarnya.  Tapi ..alahai tak jumpa pun.  Ada pernah baca kat satu blog tu (dah tak ingat blog saper).  Katanya kalau tengahari kedai tu penuh sesak.  Memang  tak cukup tempat duduk pun. Terkilan lah jugakk.
Sampai hotel hampir jam 3 petang. Lepak lobby sekejap.  Letih la jugak.  Kul 3.05 Mr hubby dah ke reception untuk buat pendaftaran masuk.  Huhu..apa dia kata.

Sorry encik, bilik belum ready.  Tunggu 3.15 yer.

Alahai.. bosan la pulak melepak kat lobby.  Layan ngantuk.. ialah dah kenyang makan tadi walau pun tak dapat  makn Nasi Beriyani Gam.

3.15 pergi lagi tanya kalau-kalau bilik dah ready.  Huhh???

Belum ready la encik.. lagi 20 minit yer.  Sorry..

Hai.. berapa lama mau tunggu daaa.. aku dah mula lah.  Mr hubby masih lagi cool.  Apa tak hangin nya.. payment dah fully bank-in minggu lepas.  Bila sampai macam-macam hal la pulak. 
Akhirnya ready la jugak bilik untuk kami.  Tingkat 5 betul-betul mengadap tambak johor.  Woww.. dah makin tak sabar nak ke USS esok nya.



mengintai dari kamar.. dah nampak Tambak Johor..



Jadi malam tu sempat juga keluar makan kacang pool haji yang sangat-sangat popular kat JB tu.  Memang sedap.  Terletak di Medan Selera Larkin berhampiran bomba.  Dah lama nak makan kacang pool ni (biasa baca kat blog orang jer) dapat juga akhirnya.  Terima kasih Mr hubby!..

** Sewaktu kami pergi makan kacang pool tu (hujung November) Pelakun/Pelawak Wan Maimunah belum lagi bernikah dengan taukeh kacang pool,  jadi  tak jumpalah dia **


ni dia gerai kacang pool haji..


tadaaa... tak sabar nak makan



dan lagi...memang sedappp



ABC pun menyengat...layann

No comments:

Post a Comment