...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, December 19, 2013

RESULT PMR : PENANTIAN YANG TELAH BERAKHIR...

KHAMIS. 19/12/2013

Hari ni keputusan PMR diumumkan.  Argghh.. debaran makin kencang.  Takut..risau..dan segala macam bermain di fikiran.  Huhh.. akukah yang amik PMR tu??.. Ishhh bukanlah.  Bagi pihak Baz, sebab aku nampak dia macam risau jer.

Awal pagi kami bertolak dari Rawang ke SDAR di Seremban.  Sepanjang perjalanan Baz diam membisu.  Aku cuba menceriakan suasana.  Tapi hampa.  Owwhh.. aku tahu, Baz terlalu risau dengan segala kemungkinan.  Bukan Baz seorang..tapi aku juga!

Kami sampai di SDAR tepat jam 10 pagi.  Dah ramai pun yang memenuhi ruang dewan. Masuk dan cari tempat duduk.  Cuba juga sms untuk keputusan PMR Baz. Lambatnya nak dapat reply.  Tunggu lah lagi.

Hampir jam 12 tengahari Pengetua SDAR baru masuk dewan dengan keputusan di tangan. Ruang dewan jadi gamat.  Alahai.. reply sms pun masih belum dapat.  Tak per lah.  Tunggu saja pengumuman dari Pengetua.

Tahniah untuk Baz di atas kejayaan cemerlang dengan 8A. Aku peluk Baz erat-erat.  Airmata pasti gugur.  Alangkah!...Inilah bunga-bunga untuk meniti kejayaan yang lebih besar. TAHNIAH. Penantian telah pun berakhir.  Debaran hilang entah ke mana.  Gembira dimana-mana.
Syukur padaNya. 

SDAR antara sekolah di NS yang mendapat pencapaian paling baik bersama Kolej Tunku Kurshiah. Pada yang tidak bernasib baik, ini bukanlah penamat.  Terus mencuba pada SPM 2015.




Ucapan tahniah dari pengetua..



senyum sampai telinga..


sempat juga posing ngan ibu..






wajah-wajah ceria yang cemerlang..

No comments:

Post a Comment