...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, December 24, 2013

PROGRAM CUTI KAMI : USS - SINGAPORE

SELASA. 24/12/2013

Hari Kedua.

Jam 7 pagi  dah mula breakfast.  Tak ramai sangat.  Mungkin awal lagi kot.  Jadi semua boleh pilih.  Dari tempt duduk sampailah ke makanan.

Makan pun ala kadar jer.  Katanya bas datang jam 7.30 pagi.  Bas tu yang akan bawa kami ke USS.  Dari hotel kami menginap, cuma kami bertiga jer yang akan ke USS. Yang lain kebanyakannya dari Tune Hotel.

8.00 pagi baru bas sampai.  Dah ramai dalam bas tu.  Rupanya dia orang ambil dari Tune Hotel dahulu.  Last sekali baru tempat kami.  Tak kisahlah.  Tempat duduk di bahagian belakang masih kosong.  Cukup untuk kami bertiga!



dalam bas... jalam jem


Tambak johor dah sesak.  Tapi masih terkawal. Awal pagi ramai yang ke tempat kerja.  Itu adalah biasa.  Cuma sesaknya tidak seteruk hari sabtu dan ahad.



tempat wajib untuk bergambar...
kalau tak orang tak tahu korang dah sampai USS kan..



lagi...

Sampai di Sentosa hampir 10.30 pagi.  Dah ramai pun orang. Ada briefing dari driver bas.  Huhu..7.30 malam baru dia datang amik.. so boleh lah meronda sentosa selagi boleh.
Sebelum tu nak bagi tip sikit kalau ada sesiapa yang nak ke USS ni.

Bawa air mineral atau botol air (ni untuk cebok kalau buang air kecik/besar) toilet kat USS takder paip air. (hehehe..depa pakai tisu kesat jer). Water cooler adalah.. bolehlah untuk penuhkaan air dalam botol.

2       Bawa juga roti/bun/sandwich untuk lapik perut.  Kat USS ada dijual makanan, tapi harga mahal 
d   dan juga status halal masih ragu-ragu.   McD ada lah jugak.  Tapi sure tak halal punya.  Bagi yang ada anak ramai lebih baik buat persediaan. Bukan apa takut perut berbunyi..... maklum meronda tempat tu satu hari pun tak cukup.

3     Baju hujan yang nipis tu (pakai buang) kalau musim hujan memang patut bawa sekali.  Kami pun tak bawa .. memang terkandas dan basahhh..

4   Jangan nak pakai high heel pulak.  Pakai jer sandal atau slipper atau sport shoes. Nak berjalan jauh kat dalam tu weyy.. tak sesuaii..



pakai kasut macam ni.. tak lah sakit kaki..


Itu saja kot.  Selebihnya bawa duit banyak-banyak untuk shopping.  Bab shopping memang tak boleh nak tinggal.

Kat Sci-Fi-City ada transformers.  Memang best sangat.  Baz naik sampai dua kali.  Hehe..aku?..dah sekali cukup. Tu pun rasa macam nak tercabut jantung.  Ahakss..

Ancient Egypt ada Revenge of The Mummy.  Huhu yang ni lagi lah teruk.  High speed roller coaster.  Barang semua kena letak dalam locker kat luar.  Dah boleh agak dah dia punya speed macam mana.  Pergghh.. macam nak terburai perut.. last sekali pejam mata jer lah.  Takuttt…



jumpa pula "kawan lama"..hahaha



posing time..




Cuaca memang tak elok hari tu.  Berselang seli hujan.  Kami terkandas dekat The Lost World hampir 2 jam kerana hujan lebat dan operasi dihentikan.  Lepak dan lapar.. Agak terkilan lah jugak kerana tak dapat masuk ke The Lost World.

Last sampai juga kat Madagascar.  Tu pun hujan masih rintik-rintik.  Redah la jugak.  Kalau nak tunggu memang tak cukup masa.




dah sampai pun Madagascar







Memang penat pun. Seharian dalam cuaca yang tak menentu dan naik roller coster high speed memang mengerikan.  Tapi tetap seronok dan penuh adventure.




banyak tul candy kat sini...






mana lagi nak hala nih... letih dahhh.. 


Sampai JB dah hampir jam 10.30 malam.  Lapar dan letih.  Sempat singgah kat satu kedai makan yang agak sedap juga.  Aku lupa nama kedai tu dan lupa juga nak snap gambar pun.  Ni yang kami makan.  Nasi goreng Dato Onn.. makan sampai licin.



ni dia nasi goreng Dato Onn.. 
sedap atau kami yang lapar..makan sampai licin

No comments:

Post a Comment