...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, June 15, 2012

MASA….. CEPATNYA BERLALU

JUMAAT. 15/6/2012
Dah pun jumaat.  Cepat masa berlalu.  Rasanya aku baru hantar Baz balik asrama dia.  Tup..tup.. hari ni dia dah nak balik bercuti pulak.  Sekolah dia cuti sampai hari isnin. Ialah Israk Mikraj jatuh pada hari ahad.  Jadi hari isnin pun cuti lah.
Tanpa sedar hari ni dah pun 25 Rejab.  Lepas tu Syaaban.  Kemudian Ramadhan… ohhww.. cepatnya.  Puasa dah ganti ker?.. hehehhe..dah la.  Awal-awal lagi dah buat.  Sekarang ni cuma puasa sunat Rejab sahaja.  Itu pun sekadar termampu..  Syukurlah…
Hari ni Baz balik naik komuter.  Lepas kerja nanti aku amik dia kat Stesyen Komuter Putra. Harap-harap semuanya berjalan lancar.  Hahaa..tak sabar nak jumpa Baz…..
Nak makan malam kat mana ?.. Lapar la pulak.  Tengahari tadi tak makan pun.  Dah lama tak makan Nasi kandaq kat Pelita Hartamas tu.. atau mee rebus Baidali kat Aji Don,  Hartamas Shopping Centre.  Tiba-tiba teringat pulak  Restoran Poyo kat Solaris Dutamas..  Restoran tu pernah masuk  Jalan-jalan cari makan @TV3.  Jom cubaa….sebab tengok menu mengancam jer… Isshhh.. semua nak makan errkk.. besar betul tembolok dia..huhuhuuu

No comments:

Post a Comment