Hari ni sibuk sikit. Biasalah sabtu kan. Banyak kerja rumah nak kena siap. Hari ni juga ada Majlis Perkahwinan kawan tempat kerja. Dah janji dengan Shida nak pi sama-sama.
Tengahari sampai juga aku kerumah Shida. Dia pun dah ready dok tunggu aku. Kami sama-sama ke taman jasa. Cuaca panas terik.. Hehehehee..cair make-up aku. Sampai jer tetamu tak berapa ramai lagi. Macam biasa..makan. Ada juga cendol dan bubur cha-cha. Yang sedap cendul lah..sebabnya dahaga sakan..maklum cuaca panas.
Banyak jugak aku amik nasi. Kebetulan pagi tak sarapan. Saja simpan perut.. Rupanya Shida pun sama jugak..tak sarapan...hehhehe.. tergelak aku.
Sempat juga tunggu pengantin. tak ada sanding-sanding pun. Cuma ada majlis makan beradap jer. Apa pun Selamat Pengantin Baru buat Lina dan suami. Semoga bahagia dan kekal abadi hingga akhir hayat.
terjumpa pulak dengan Sharon...
isshhh.. sajer jer dia dok tayang gelang besaq
Selamat Pengantin Baru buat Lina dan suami..
semoga kekal bahagia hingga akhir hayat
Petang aku ke pejabat suami. tunggu dia sebab nak pi Bukit Jalil tengok bola final Piala FA. Antara Kelantan dan Sime Darby..Sepanjang jalan tadi aku nampak banyak betul penyokong Kelantan..siap dengan bendera bagai.. huhuhuu..
Jap lagi jam 7.00 baru nak gerak naik LRT. Alahai suami habis kerja jam 7.00, jadi lewatlah sikit kami gerak. Naik LRT kira oklah. Kalu naik kereta mesti tak sampai stadium...jem weeyy. Harap-harap tak hujanlah.. tapi macam nak ujan jer..guruh dah berdendum..
baju penyokong Sime Darby dah ada.. cuma nak pakai jer
tiket pun ada...harap-harap dapat masuk stadium
tiket pun ada...harap-harap dapat masuk stadium
Kalah menang adat bertanding. Aku pun kalau Sime Darby tak masuk final memang tak pergi tengoklah..mana pernah pi tengok final bola kat Bukit Jalil pun. Kalau setakat Stadium Selayang tu adalah jugak. Kalah atau menang aku akan post lah entri tu nanti....
kak lia,ntah2 kak lia punya gelang lg besor dr kak shida kot..hah3x...eh..ni lina MIS erk...lain plak tgk gmbr tu...
ReplyDeleteAna... betullah Lina MIS.. make-up dia memang cantik..nampak lain sangatt
ReplyDelete