...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, May 16, 2012

PENGORBANAN.....

RABU. 16/5/2012
Sebenarnya aku menulis apa yang terlintas difikiran.  Ia cukup spontan. Cerita silam atau hari ini cuma bahan asas untuk menulis. Selebihnya adalah rencah yang perlu digarap dan dikarang supaya menjadi adunan yang sempurna.  Begitu juga dengan hidup….
Hidup memerlukan pengorbanan.  Dan pengorbanan itu perlu untuk hidup.  Kadangkala kita perlu berkorban untuk mencapai apa saja harapan dan cita-cita… Cuma seseorang itu perlu pandai memilih jenis dan bentuk pengorbanan.  Kadangkala pengorbanan  juga boleh membawa  kehancuran.. tepuk dada tanyalah selera…
“Aku sebenarnya terlalu banyak berkorban untuk hidup.  Dalam mengejar cita-cita dan impian.  Segala yang pahit dan yang manis telah aku lalui.  Segalanya cukup mendewasakan.”
Itu kata-kata Dila sewaktu kami berjumpa minggu lepas.  Pertemuan itu pun sebenarnya memang telah dirancang dan diatur ..  Dila begitu ceria dan bahagia.  Keyakinan jelas terpancar..
“Kau tahu kan.. ketika aku sarat mengandung anak kedua..suamiku terlibat dalam kemalangan..Apalagi yang ada ketika itu jika bukan kesedihan dan kedukaan.  Terasa dunia gelap gelita.” 
Ahaa..aku masih ingat.  Ketika Dila  sarat mengandung anak kedua..suaminya terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Persekutuan.  Motorsikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang tiba-tiba datang merempuh…Dan selang beberapa minggu dari tarikh kejadian, Dila pula melahirkan bayi perempuan.
“Apapun aku tetap bangga dengan ketabahan kau”.
“Kita perlu tabah dan kuat.  Bagi aku pengalaman silam banyak mengajar tentang kepayahan hidup.  Aku pun bukannya dari keluarga berada. Segalanya bermula dari bawah.”
Yang aku tahu Dila sekarang menjadi pengusaha butik muslimah.  Dulu dia cuma pekerja biasa disebuah syarikat guaman.  Tapi sejak suaminya parah dalam kemalangan dan hilang upaya Dila nekad berhenti kerja.  Dia mahu memberi sepenuh tumpuan untuk menjaga suami disamping menjaga anak-anak yang masih kecil.
Ketika itu ramai saudara terdekat yang menentang. Tindakan Dila tidak mendapat sebarang sokongan.  Kerja gila… apa taknya… suami terlantar sakit dan hilang upaya .. dia pula berhenti kerja.  Apa nak makan?  Macam mana nak hidup?..Arrgghh..berbagai persoalan yang timbul.
“Kau dah fikir masak-masak?”
“Äh.. bumi Tuhan ni masih luas untuk mencari rezeki kalau kita rajin..semoga ada yang terbaik untuk aku”
Itu perbualan kami enam tahun lepas.  Selepas itu kami jarang berjumpa.  Cuma sesekali bertanya khabar.  Selebihnya Dila cuma dirumah menjaga suami dan berniaga on-line secara kecil-kecilan..  Barangkali itulah ketentuan Tuhan.  Dia berjaya mencapai  tahap sepertimana sekarang.  Dan sekarang Dila berjaya mengorak langkah dalam memajukan perrniagaan yang dibina dari titik peluh sendiri.
“Awal permulaan memang perit.  Tapi tak lama.. kau akan rasa manisnya bila  kejayaan datang.  Tak semua yang kita harapkan datang bergolek…sebab tu kita kena bersabar dan perlu berkorban….”
Aku senyum.  Dan seharusnya Dila patut berbangga kerana kedua-dua anaknya semakin berjaya dalam pelajaran.  Suami pula semakin pulih sekalipun tidak sepenuhnya..dan perniagaan pula  semakin berkembang.  Sekiranya diizinkan Tuhan mereka sekeluarga akan ketanah suci untuk mengerjakan rukun islam yang ke lima.  Alangkah manisnya hidup…….
Teringat kata-kata Dila.
"Untuk berjaya kita perlu berkorban...."

 dari album kenangan... semoga berjaya menggapai impian....


1 comment:

  1. 100% btul kt2 kwn k'lia tu
    pngorbanan mmatangkn kita
    1 hr pasti kita jd org brjaya
    tp kena byk b'sbr & brsyukur

    ReplyDelete