ISNIN. 28/5/2012
“Nama awak siapa?” Aku memulakan kata, kerana aku seringnya memang begitu.
“Rubiah,” jawapmu pendek.
“Habis saya nak panggil apa?” Soalku selanjutnya.
“Suka hati awaklah, tapi saya suka kalau awak panggil saya Biah, sebab keluarga semuanya panggil begitu.” Jawabmu.
“Alaa.. tak best, macam nama orang dulu-dulu. Biah tu nama nenek saya tau.. Jadi kalau saya panggil awak Ruby, tentu bolehkan.”
“Kan saya dah kata, suka hati awaklah.” Jawabmu ringkas dan tegas, seolah-olah ingin segera menamatkan perbualan.
“Nama saya L.. tapi orang panggil Chombie..,” aku memperkenalkan diri tanpa membiarkan kau bertanya terlebih dahulu. Mungkin kau tidak seramah aku, tapi dari raut wajahmu aku tahu, ada kemesraaan di situ..
"Chombie??..ahakss..macam cerita Ibu Mertuaku. Kassim Selamat ada?"
Aku membiarkan saja pertanyaan itu tanpa sebarang jawapan pun.
“Selamat berkenalan.” Sambungku sambil menghulurkan tangan, pinta disambut…dan tepat sekali, kau menyambutnya. Mesra.
Saat demi saat yang berlalu memaksa kita untuk sering bertemu. Dan pertemuan memang tidak dapat mengelakkan diri kita untuk menjadi lebih mesra. Akhirnya kita menjadi dua orang sahabat yang paling karib.
Kau minat menyanyi dan aku paling kagum denganmu kerana kau cepat menghafal lagu-lagu baru yang disiarkan di radio. Seperti katamu lagu dan irama tidak dapat dipisahkan, dan di mana kau berada, di situ jua pastinya ada irama itu. Dan sebagai menepati cita-cita seorang sahabat, aku jua akhirnya menjadi seorang peminat lagu yang setia.
Tentu kau masih ingat, kita paling gemar pada lagu-lagu dendangan Alleycats dan kita sering menyanyikannya bersama-sama.
Begitulah Ruby, nilai kasih yang saling kita beri dan terima antara satu sama lain. Antara kita, rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi dan antara kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Tapi kini, apa yang tinggal hanyalah kenangan. Kau pergi jua meninggalkan aku sendirian di sini. Masih aku ingat betapa banyak airmata kita yang mengalir di saat-saat perpisahan itu tiba. Dan, dipertemuan kita sebelum kau berangkat, kau masih juga tidak lupa untuk menghadiahkan kepadaku sebuah lagu, yang begitu bermakna dan sering menjadikan airmata ini terlalu murah nilainya… Akulah itu Ruby, di dalam lagu tersebut…
No comments:
Post a Comment