...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, April 27, 2012

MAKAN BIARLAH BERBALOI….

JUMAAT. 27/4/2012
Hari jumaat dah.. Cepat betul masa berlalu.  Pejam celik..pejam celik dah jumaat.. Ari ni Baz balik bercuti.  Dia naik komuter dari Senawang dan turun di Hentian Putra.  Lepas kerja aku terus pi amik dia.  Wahh.. lama juga  Baz bercuti.  1 Mei baru hantar dia balik asrama.  Tak lah sunyi sangat kat rumah nanti…

Petang ni lepas ambil Baz kat Hentian Putra, nak bawa dia jogging sekali.  Baju dan kasut Baz pun aku dah bawa.  Semua dah ready.. lepas tu boleh lah bawa dia makan.  Alahai.. mestinya char kuey teow lah..peberet Baz tu.. Ari tu makan kat Sungai Dua sampai dua pinggang.. Rasanya nanti nak bawa dia makan kat SANY Char Kuey Teow.. tak pernah makan pun kat situ.  Tapi bila lalu kat tasik titiwangsa tu nampak ramai jer orang.  Sure sedap.  Selalu macam tulah.. kalu sedap ramailah yang dok kerumun..

Becakap tentang makan ni.. semalam lepas jogging aku dan suami makan kat Satay Station Cawangan  kat Tasik Titiwangsa.  Boleh tahan jugak rasa satay dia.  Cuma satay daging keras sikit.. kuah memang ok dah.  Dan satu lagi.. mee rebus dia memang terasa sedapnya.  Tapi harga tak boleh tahan laa.. semangkuk mee rebus (mangkuk besar.. mee sikit..huhuhuu) RM6.  Terkezutt aku.. tapi dah makan, bayar jer lah. 

Satay pun dah naik harga.  Secucuk RM1.00.  Tahun lepas time aku pi makan kat situ baru RM0.80.  Satay pun tak lah besar mana.. Cuma besar sikit dari satay pasar malam tuhhh..  Lain lah kalu tempat tu restoren canggih yg kadar sewanya tinggi..Ni tepi jalan jer…tepi simpang..bersebelah SANY Char Kuey Teow dan dekat-dekat dengan Istana Budaya….tak berbumbung pun… hujan kalu air masuk dalam kuah satay…hahhaha.. Aku rasa kadar sewa pun tak lah mahal sangat jika konsep open air tepi jalan..Alahai..sewa ngan Bandaraya berapalah sangat…

Bagi aku makan biarlah berbaloi dengan harga dan rasa.  Sebabnya kalau berbaloi kita akan dok pi ulang makan kat situ dan dok promote kat kengkawan.. . Kalau cenggini..cukuplah.  Aku tak singgah dah…

 ni haa.. satay secucuk RM1..order 10 cucuk jer sebab dah order mee rebus..
nasi impit yang sejemput kat ujung dulang tu RM2...


mee rebus mangkuk besaq.. mangkuk jer lah besaq..
mee dia tak sampai setengah mangkuk pun... 5 kali suap dah abiss.. RM6.. perrghh..

aku tak kira berapa suap pun yang masuk perut..
tapi sedar-sedar jer dah abiss..





3 comments:

  1. hi kak lia, glad to meet you here, di arena blogging...:)...

    keep in touch ya..:)

    ReplyDelete
  2. thanks ana sebab sudi singgah kat blog ni..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete