SABTU. 14/4/2012
Sebenarnya hari ni tak ada pun cerita menarik nak dikongsi. Sebabnya aku tak berapa sihat. Demam, selsema dan sakit tekak sejak semalam lagi. Semalam juga (jumaat) aku terpaksa mengambil MC. Ini MC pertama aku dalam tahun 2012. Bukan sengaja, tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan aku ke tempat kerja.
Tak ada aktiviti menarik pun. Cuma tidur..bangun..tidur semula. Makan ubat dan sambung baring ... itu saja. Harap-harap kesihatan aku bertambah baik pada hari esok. Ialah..esok merupakan hari yang agak istimewa..dan esok juga aku dan suami akan melawat anakku Baz. Harap-harap sihat hendaknya.
Sekiranya kesihatan mengizinkan aku bercadang nak masak makan tengahari untuk kawan-kawan Baz yang satu dorm tu. Dah lama juga aku tak bawa makanan untuk mereka. Semoga kesihatan aku bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan.
No comments:
Post a Comment