...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Monday, April 23, 2012

SAYANG SI COMEL…

ISNIN.  23/4/2012
Hari ni emosi aku agak terganggu sejak dari pagi tadi.  Tersentuh amat.  Tiba-tiba saja ia datang lalu terkenang-kenang hingga ke saat ini.  Barangkali peristiwa tu masih membelengu di fikiran lantas meletakkan aku dalam situasi yang tidak menentu.  Marah, sedih, pilu.. segalnya..
Sebenarnya dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi aku terlihat satu peristiwa yang menyanyat hati. Sesiapa pun yang berperasaan akan tersentuh jika melihat kejadian itu.  Tak siapa yang menyangka.. apalagi menduga dalam kesesaskan lalulintas  waktu pagi di lebuh raya utara selatan dari rawang menuju ke Kuala Lumpur (kejadian berlaku beberapa meter sebelum susur keluar ke sungai buloh/kepong).  Aduhai..seekor anak kucing dalam lingkungan usia 6 bulan baru saja dilanggar kenderaan (aku tak pasti sama ada kereta atau motor yang melanggar anak kucing tersebut di lane tengah lebuh raya)  Semasa aku sampai di situ (suami sempat mengelak dari terus melanggar anak kucing tersebut) anak kucing tu masih hidup dan aku nampak badan dan ekornya masih bergerak-gerak.  Tapi mana mungkin aku dapat berhenti kenderaan dan turun menyelamatkan anak kucing tersebut dalam keadaan kereta bertali arus mengejar masa ke tempat kerja.  Peluangnya untuk hidup amat tipis kecuali dengan izin Tuhan.
Sebak di dada turun kehati.. airmata memang tidak dapat di tahan.  Mengalir di pipi.. lebat lagi di hati.  Alangkah.. tertanya aku pada diri sendiri kenapa seekor anak kucing yang comel boleh berlegar di lebuhraya.. dan kalaulah dapat dihitung terlalu banyak agaknya kucing yang mati digilis kenderaan dalam sehari.. Kesian..
Sehingga entri ini di tulis aku masih tidak dapat menahan rasa sebak.  Semakin panjang aku menulis, semakin lebat airmata yang mengalir.. Cukuplah..ianya sekadar berkongsi cerita sedih dan pilu.. semoga aku tidak melihat lagi peristiwa seperti ini..
Dan sepatutnya kita sebagai makhluk Tuhan yang berperasaan berfikir sebelum membuang kucing-kucing kerana mereka juga sebahagian dari makhluk Tuhan yang bergelar haiwan… Wallahualam..

gambar hiasan dari album kenangan...
ni tompok kucing aku yang pernah mendapat
rawatan di hospital haiwan dan mati sebulan kemudian..

1 comment:

  1. oppss..sedihla baca tulisan akak ni..cerita sedih..gaya bahasa menarik..akak pandai membuai perasaan pembaca.. saya pun turut merasa sebak..
    Salam dari Ayumaya (sorry tak der account google)

    ReplyDelete