...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Monday, April 16, 2012

LUNCH BOX UNTUK DORM C7…

AHAD. 15/4/2012
Demam masih belum beransur pulih sepenuhnya.  Tapi lebih elok dari semalam.  Pening masih ada, dan badan masih lemah.  Apa pun aku kena juga masak untuk hari ini, kerana aku dah pun berjanji dengan anakku Baz yang makan tengahari untuk kawan-kawannya dalam Dorm C7 itu aku nak sponser.  Maknanya mereka tak payah makan tengahari kat dining hari ni…
Awal juga aku bangun pagi tu.  Prepare apa yang patut.   Masak nasi, sambal sotong, sayur campur dan yang paling best ayam goreng berempah.   Alaa.. tak banyak pun masak, cukup untuk 12 orang.  Tapi layan badan yang tak berapa sihat ni.. jadi semput la jugakk..
Yeeahhh.. 9.30 pagi semua dah ready.  Ayam dah siap goreng.  Makanan dah siap pek dalam bekas plastik.  Baz mesti suka..sebab aku dah berjanji dengan dia akan sampai di SDAR jam 12.15 tengahari.  Sekurang-kurangnya tak lama sangat mereka menanti..

                                                 dah masak.. ayam goreng berempah..


                                                                      siap pek dah...



                                                               semua dah ready.......


Jam 12 tengahari  aku dan suami sampai diperkarangan sekolah.  Makanan yang dibawa dah pun dihantar ke C7.  Sebenarnya dah banyak kali aku masak untuk mereka.  Tapi hari ini istimewa sikit.. sebab hari ni adalah BIRTHDAY AKU…
Terima kasih pada yang memberi ucapan dan kiriman sms.  Semoga kita mendapat rahmat dariNya.
                                             



No comments:

Post a Comment