...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, April 5, 2012

BERHIJRAH LEBH BAIK....

KHAMIS. 5/4/2012
Entah kenapa tiba-tiba saja aku teringin untuk berhijrah.  Semakin hari semakin mendesak perasaan itu.  Barangkali juga telah terlalu lama aku di sini.  Hampir 17 tahun… ya.. satu jangka waktu yang terlalu lama.. tapi kata orang semakin lama kita berada di sesuatu tempat , semakin sayang nak meninggalkan tempat itu.  Tapi berlainan bagi aku..ah!..begitu payah untuk dihuraikan.
Tapi yang aku rasakan, tiada lagi yang menarik di sini.  Segalanya tawar dan hambar.. dan kadangkala begitu pahit dan pedih.. luka dan terguris.. Alangkah..
Berhijrah?...  kemana lagi aku harus pergi dalam usia sebegini.  Sedangkan diluar sana ramai yang masih mencari dan menunggu peluang.  Persaingan memang sengit.. dan tentulah yang lebih muda dan fresh akan terpilih daripada aku yang telah melawati usia empat siri ini…huhuhuuu..bayangkan..
“Apa kata kau buat bisnes”.. cadang seorang kawan baik.
“Bisnes apa errkkk”
“Bisnes makan lah.. kau kan pandai masak”..
Ishhh.. mentang-mentanglah aku baru masuk dalam pertandingan masterchef tu..dia dah kata aku pandai masak…  tersenyum aku.
“Insyaalah..itu cita-cita aku.  Semoga diperkenankan olehNya”
“Kau patut bermula dari sekarang”.. dia seakan mendesak.
“Aku kena bersedia..sebab sekarang ni aku rasa belum cukup bersedia.  Modal, kekuatan dan ketabahan itu perlu dan kena seiring.. dan yang pasti aku tak mahu menangis dikemudian hari”.
“Sebab tu kau perlu mencuba..Tuhan akan menolong kiranya itu jalan terbaik untuk berhijrah”.
“Aku dalam prosess sekarang ni..”:
“Prosess berhenti???.. berapa bulan kau notis??” ishh..bersemangat sungguh dia nak tahu.
“Bukan prosess berhentilah.. tapi prosess untuk mengumpul modal, mencari pasaran dan segala macam yang berkaitan..hehhehehehe.  kau ni macam tak suka aku kerja kat sini la pulakk.”
‘Bukan tak suka.. tapi bagi semangat dan busy body pun jugakk”
“Kau macam mana?.. kerja sampai pencen ker.?”
“Aku??.. hutang banyak kat sini.. kena juga kerja..tapi harap-harap sebelum pencen aku dah berhenti..atau dalam masa terdekat ni aku berhijrah ke tempat baru”.
“Ohh..oooo..macam dah nak pergi jer…”
“Resume dah banyak aku hantar.. tapi belum sangkut lagik.. minggu depan ada interview.ni, kalau sangkut aku caloo…”
Lorr..ramai sungguh yang ingin berhijrah.. bukan aku seorang saja yang berperasaan begitu.  Tapi kalau lah betul-betul dia akan berhijrah..aku akan kehilangan seorang kawan lagi…  Semoga berjaya dalam temuduga nanti…
Dan untuk aku cuma satu yang diharapkan.  Sekiranya Tuhan merestui perjalananan yang bakal aku hadapi..maka dialah yang akan menentukan yang terbaik atau sebaliknya.  Aku hanya harap yang terbaik.. selebihnya adalah dugaan dalam mengisi ruang hidup.yang masih berbaki ini…
dari album kenangan... sebahagian dari kawan-kawan dalam gambar
ini telah pun berhijrah..semoga berjaya mengejar impian


dari album kenangan...rindu pada ina..

No comments:

Post a Comment