Seperti yang ditunggu, hari ini adalah hari pertandingan IJN Master Chef Challenge 2012. Aku merupakan salah seorang peserta yang terpilih.
Pagi lagi dah sampai pejabat. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. huhhh.. awal sungguh. Entah kenapa tiba-tiba saja aku rasa semacam.. berbagai persoalan yang timbul..takut..berdebar..dan entah berbagai rasa yang ada.. Ohhh... risauu..
Masa pertandingan semakin hampir. Masa yang diberi adalah selama 90 minit. Satu menu untuk dua hidangan. Menu untuk hypertension...ahh... Mujur aku ada juga membuat persediaan di rumah..ialah dua tiga hari sebelum pertandingan bermula..sekurang-kurangnya tak lah gabra sangat..
Sengit juga menghadapi para peserta yang layak seramai 9 orang termasuk aku. Semuanya hebat-hebat dan ada potensi. Namun siapa yang terbaik dialah yang terpilih...
Aku ketandusan idea untuk menulis lebih panjang.. hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya... apapun aku berbangga dan bersyukur kerana terpilih antara tiga yang terbaik. Walaupun sekadar tempat ke tiga..kegembiraan ternyata ada. Siapa sangka..dan aku sendiri pun tidak pernah menduga... Ramai yang mengucapkan tahniah...terima kasih pada semua yang memberi sokongan..
Selebihnya kita layan jer gambar-gambar yang ada di sini...
resepi ciptaan aku..LEMPENG OAT & STEW AYAM... tempat ke tiga
Tahniah Chombi.
ReplyDelete