...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, March 23, 2012

PENANTIAN YANG TERJAWAB...

JUMAAT. 23/3/2012

Sebenarnya hari ini aku malas nak up date blog.  Sebabnya tak ada pun cerita menarik untuk dikongsi bersama pembaca yang dah mula meminati blog aku. Tambahan kawan-kawan sepejabat.  Mereka sering ternanti-nati entri terbaru aku.  Katanya tulisan aku menarik dan cerita pula penuh makna..  Cuma ada yang bertanya kenapa tak ada resepi yang diselitkan disini.  pasembor mamak atau laksa penang...Alahai..bab ressepi aku memang tak berapa pandai nak tulis.  aku masak pun main campak-campak jer.  Tak ada pun sukatan yang tepat...

Bercakap tentang resepi..aku nak kongsi sedikit rasa gembira di sini.  Dalam entry yang lepas aku ada menulis tentang IJN MasterChef Challenger 2012.  Kalau tak silap entry bulan Februari ...tajuk masak-masak.

Hari ini aku dah dapat keputusan muktamad dari pihak penganjur.  Syukur....aku antara lapan orang yang terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir.  Sesuatu yang agak mengejutkan kerana sememangnya aku sendiri pun tidak pernah menduga...

Mulai hari ini aku kena buat betul-betul resepi yang akan aku pertandingkan nanti.  Cuba dan terus mencuba... maklumlah masak dirumah tidak sama seperti masak di depan audien.. mau seram sejukkk.. tapi aku kena buat yang terbaik.

Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan pada aku untuk terus mencuba sehingga aku berjaya diantara lapan yang terbaik ke peringkat akhir.  Doakan semoga aku berjaya nanti.... Syukur.

2 comments:

  1. Tahniah..semoga berjaya..

    ReplyDelete
  2. Salam, Rupenya chombi kita pandai masak rupenya...lain kali boleh kalau singgah Penang boleh join dgn mamak haji masak!...hahaha. Boleh ?.Wassalam.

    ReplyDelete