Hari ni sibuk sikit. Pagi lagi dah bangun dan ke pasar penaga dengan emak. Sebabnya nak masak-masak untuk tetamu yang bakal bertandang. Dan tetamu itu adalah bos aku dari KL. Sebenarnya bos dan family dia datang menziarahi anaknya di Seberang Jaya. Kebetulan aku ada di kampung dan aku menjemputnya datang. Sejak di KL lagi dia dah berjanji nak datang.
Aku dan emak beli bahan-bahan yang hendak di masak. Syukur semuanya ada. Selesai membeli di pasar aku dan emak singggah di sebuah gerai jual nasi lemak. Beli nasi lemak untuk Baz dan suami. Ahaaa.. aku ternampak pulakk.. sesuatu yang dah lama sangat aku tak makan.. Rasanya dah berbelas tahun.. Pulut kelapa dengan ikan tamban masin.. Apagilagi terus beli..kalau makan dengan kopi o panas memang terangkat..
Mata ligat memerhati apa lagi yang dijual. Ternampak pulak penjual disebelah nasi lemak tu. Yang ni lagi lama aku tak makan. Di KL memang tak pernah jumpa langsung.. Yuhuuu jongkong la.. lama sungguh aku tak makan. Dulu-dulu jongkong ni banyak di jual ketika bulan puasa saja.. Apa tungu lagi… belii…
Balik rumah terus melantak..seperti yang aku kata tadi, bila dikampung diet aku tolak tepi dulu..layan jer gambar-gambar ni.. mengancam ….
pulut kelapa ikan tamban masin
ni lah jongkong..dibalut daun pisang
daun pisang dibuka..isi jongkong..rasa tepung beras lemak manis..memang layan
walaupun rupa dia tak cantik
nasi lemak daun pisang... tajam dan tinggi muncung dia..hehehhehe
Tengahari.. abah, suami dan Baz ke masjid. Selamat menunaikan solat jumaat.
sempat berposing...tinggi cucu dari tok ayah..
Jam 3.30 bos sampai. Sebetulnya aku dan suami menunggu bos di penaga. Makanan dah sedia terhidang. Kebetulan bos dan family belum makan tengahari lagi.. Menu kami untuk bos dan family .. laksa penang dan pasembur mamak.
Untuk bos, isteri anak dan menantu..terima kasih kerana sudi datang. Dan yang paling best bila mereka memuji semua makanan yang dihidang sedap-sedap belaka..Memang sedap agaknya sebab aku tengok dia orang makan bertambah-tambahhh..
sempat juga depa bergambar dengan suami, mak, abah dan Baz
aku pun menyelit sekali...
..eehhh..ehhh..cucu pun nak tumpang bergambar jugakkk
Petangnya Azlieyn_maq dan Afeeqah sampai…Selamat balik kampung.
No comments:
Post a Comment