KHAMIS. 15/3/2012 (lewat update...aku busy..)
Hari yang
ditunggu-tunggu… yuhuuu balik kampung
laa. Pagi lagi aku dah bangun. Berkemas apa yang patut. (sebenarnya sejak
malam tadi aku dah mula packing barang.)
Selesai berkemas
kami bertolak lebih kurang 7.45 pagi.
Singgah sarapan di R&R Rawang.
Nasi lemak bungkus yang masih panas.. sedap juga. Cukup sekadar mengisi perut yang kosong..
R&R Rawang arah utara
sarapan pagi.....
wah..layan nasi lemak...
8.30 pagi
kami meninggalkan hentian R&R Rawang menuju ke utara… satu perjalanan yang agak jauh..tapi tidak
membosankan kerana masih mendapat siaran Sinar fm.. Sesekali terhibur dengan
telatah dj …kadangkala tersenyum sendirian.
dah sampai Ipoh
Sepanjang
jalan panas terik. Cuma singgah sebentar
di R&R Sungai Perak..beli buah dan teruskan perjalanan…Lebih kurang 12.30
tengahari kami sampai…
yuhuuuu....kampungku..dah sampai pun
Makan..rehat
dan tidur.. bangun tidur terasa nak makan cendol Hj Hashim di Kepala
Batas. Aku dan suami merupakan penggemar
cendol tersebut. Tiap kali balik kampung
memang cendol itulah yang kami cari.. memang sedap..manis..dan cukup lemak
dengan santan yang pekat. Kalau kat KL
memang tak jumpa pun cendol yang rasa sebegini.
Sempat juga aku borak dengan pak cik cendol tu. Katanya di Kepala Batas ni ada empat cawangan
cendolnya. Mungkin bulan depan akan dibuka
di Tikam Batu, Kedah…semoga berjaya dalam perniagaan cendol.. Jom kita layan gambar ni..
cendul Hj Hashim..Kepala Batas..
lemak..manis..memang sedapppp
licin..aku jarang makan cendol licin begini kalau tak sedap..tapi yg ni licin..
Selesai makan
cendol anakku Baz nak makan apam balik rangup la pulak. Tak jumpa pun apam
balik rangup kat Kepala Batas tu. Di
Penaga pun tak ada.. Lantas kami ke Kota Kuala Muda, Kedah. Sebenarnya kampung
aku berjiran dengan kota Kuala Muda tu.
Sempadan cuma jambatan….Kebetutal ada pasar malam di Kota Kuala Muda..
memqang rezeki Baz lah.. dapat juga makan apam balik rangup.
Kami ronda
pasar malam tu. Memang best dengan
segala macam jualan. Dan yang paling
menarik sekali makanan dia sedap-sedap.
Sengaja aku ambil gambar. Biar
menjadi kenangan di blog aku.
ronda-ronda..pasar malam kota kuala muda
kuih tradisional
putu mayam panasssssss
apam balik rangup...peberet Baz
sempat gak posing..huhuhuuu
Malamnya kami
ke Sungai Dua. Makan lagi.. balik
kampung amalan diet aku letak ketepi.. makan selagi boleh makan. Sebabnya makanan di sini payah nak dapat di
KL.. kalau ada pun tak sedap mana..Diet boleh sambung semula bila aku kembali
dengan rutin harian di KL..
Memang nak
makan char kuey teow. Tempat yang selalu
aku pergi. Char kuey teow telur ayam di
basuh, Sungai Dua. Memang dari duu lagi
kalau balik kampung aku mesti makan char kuey teow di sini. Sedap dan memang sedap.. Anakku Baz makan sampai dua
pinggan…hahahhaa..
char koay teow yang sedappp
udang disebalik nasi goreng..
abah makan nasi goreng udang
inilah dia... apalagi..belasahhh
yang ni aku punya..kolestrol tolak tepii
Baz makan sampai dua pinggan
uiksss..dah habis ker bang
nyam..nyamm..ini saja yang tinggal
No comments:
Post a Comment