SABTU.
16/3/2012.
Masih di
kampung…dan akan kembali semula ke KL hari ini. Tapi pagi tu sempat juga aku dan Azlieyn_maq
ke pasar penaga. Sebenarnya dia nak
makan jongkong seperti aku beli semalam.
Alahaii..kesian..penjual jongkong tu cuti la pulak..tak ada
rezeki.. ternampak pula orang jual putu
buloh.. Untuk mengubat rasa kecewa terus beli..
Ni sarapan
pagi kami… lepat pisang tu emak yang buat..rasa memang tak pernah berubah dari
dulu. Apalagi yang dapat aku
kata..memang sedappp.
putu buloh..putih melepak
lepat pisang..emak buat..
Sebelum
menghadiri kenduri kahwin ada sessi bergambar.
Azlieyn_maq akan menghantar Afeeqah ke MRSM Pendang. Buat Afeeqah selamat kembali ke sekolah.
Nurul Afeeqah dan aku
emak, Afeeqah, aku, Baz dan abah... mana Azlieyn_maq
Tengahari
aku, suami, Baz, emak dan abah menghadiri Majlis Perkahwinan dari rakan
sepejabat di Kepala Batas. Kebetulan
sampai saja ada cendol Hj Hashim. Dah
ramai yang beratur.
hilang dahaga
kudap-kudap di meja tetamu...aku teringat dulu-dulu ketika Baz masih kecil. Dia suka biskut gula ni..tapi dia makan bunga gula saja yang warna hijau...hehhehe..warna lain dia tak mau..huhhhh
meja pengantin..
untuk tetamu yang hadir
Kami makan dengan menu selera kampung. Ada ikan goreng, kari , sambal udang petai, telur masin, berjenis
ulam-ulaman dengan sambal belacan dan yang paling menarik ikan pekasam goreng
garing. Jarang benar ada menu
sebegini.
(ada ulam pucuk beluntas..dan pucuk gajus.. pucuk beluntas ni memang
susah nak dapat..Cuma sambal belacan pedas sangatt..)
Selesai makan kami bergegas pulang tanpa sempat melihat pengantin bersanding, kerana aku suami dan Baz akan balik ke KL. Untuk En Hashim sekeluarga terima kasih atas jemputan.
No comments:
Post a Comment