...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Saturday, March 10, 2012

CUTI SEKOLAH BERMULA...

JUMAAT. 9/3/2012

Antara sedar atau tidak..terasa cepat masa berlalu.  Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan.  Bermakna cuti penggal pertama selama seminggu pun bermula.  Aku dan suami cuti hari ni.  Ada mesyuarat agung PIBG di sekolah anakku SDAR.  

Pagi lagi kami dah bertolak ke Seremban.  Ikutkan aturcara mesyuarat PIBG bermula jam 8.30 pagi.  Huhh.. awal betul…  Jalan jem la pulakk…  Akhirnya sempat juga kami singgah di R&R Seremban untuk bersarapan.  

Sarapan kat R&R Seremban... meehon goreng..kopi tarikkk

Jam 9.00 lebih kami sampai di SDAR.. Syukur mesyuarat belum pun dilangsungkan.  Mungkin ramai ibubapa yang belum sampai lagi.. maklum jumaat tu hari bekerja dan juga ramai ibubapa yang tinggal diluar Seremban.  Selesai pendaftaran, kami masuk ke dewan.

Mesyuarat Agung Tahunan ke 33 @ SDAR


Mesyuarat selesai jam 12.30 tengahari.  Ada jamuan makan.. errmmm nasi ayam.  Selesai makan suami dan Baz menunaikan solat j umaat di masjid SDAR.  Jam 2.15 petang kami bertolak balik ke Rawang.. ada kawannya Izzudin nak tumpang hingga ke KTM Komuter Sungai Gadut.  Kebetulan Izzudin tinggal di kawasan Semenyih..jadi kami ambil keputasan hantar Izzudin sehingga ke rumahnya di Semenyih. Lewat petang kami sampai di Rawang.. Sempat juga singgah di AEON Rawang.  Suami belanja pizza…

.....dan selamat bercuti buat anakku.

...jemput... makan pizza....



1 comment: