ISNIN. 19/3/2012
Hari ni masuk kerja macam biasa setelah lama bercuti. Rasa malas jer..kalau mc kan best..Kebetulan aku tak berapa sihat. Sakit kepala. Tapi bila mengenangkan tugas yang menanti dan banyak yang perlu di selesaikan aku gagahi juga.
Bila dah namanya datang pejabat..kenalah selesaikan apa yang patut... huhhhh... bosannn. Tiba-tiba teringat pada anakku Baz. Semalam (ahad) hantar dia ke asrama semula. Aku kembali sunyi. Sepi di mana-mana.
wahhh....anak ibu..
Juga Al fatihah buat allahyarham Samsudin bin Salleh (Pak Ngah @ abag kepada abahku) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari isnin 19/3/2012 lebih kurang jam 11.30 malam. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin
Begitulah kita...setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga hidup sentiasa diberkati dan mendapat rahmatNya..
No comments:
Post a Comment