...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Saturday, April 21, 2012

RONDA SORANG-SORANG...

 SABTU. 21/4/2012

Dah janji dengan Baz nak beli buku-buku latihan dia hari ni.  Sebab esok dah nak bawa semua buku-buku tu pada dia.  Selesai kerja rumah aku ke Pustaka Rawang mencari buku-buku latihan yang di pesan.  Sempat juga singgah di klinik ambil ubat untuk Baz.  

Hari ni ronda sorang-sorang.  Maklumlah suami kerja.  Kalau sorang begini aku tak payah nak kalut masak untuk makan tengahari.  Petang baru masak..sebab dapat makan malam bersama suami.  Aku tak berapa kisah sangat tentang bab makan tengahari ni..  makan jer lah biskut ka..buah ka..itu dah cukup.  Kalau nak makan mee goreng mamak kat sini memang tak sedap..tapi sedap lagi aku buat sendiri…hahaha itu bukan aku kata..tapi orang yang dah pernah makan dan pernah order…

Oleh kerana ronda sorang-sorang aku ambil keputusan ke AEON Rawang setelah selesai beli buku dan ambil ubat Baz.  Cuaca memang cantik..langit cerah..awan biru..panasss..

cuaca cantikkk....
 

dah sampai...


Di AEON, kalau aku tak masuk DAISO memang tak sah. Aku memang suka.  Kalau tak beli barang pun mesti nak singgah jugak.  Barang-barang kat sini memang cantik-cantik..penuh warna warni dan yang penting harganya semua rm5..memang berbaloi.



yang ni segala jenis tong sampah yang berwarna warni...


ni pulak bakul-bakul segiempat yang cantik


yang paling best... bekas plastik cantik-cantik


Sempat juga beli jajan Baz yang dipesan.  Kokocrunch, honey star dan cashew nuts memang tak pernah lupa.  Setiap minggu di pesan.  Wajib kena beli.  Kalau tak beli merajuk barangkali…alahai anak ibu..

 antara buku-buku yang Baz pesan...


yang ni mustahak..kalu tak beli aku tak tau nak kata apa....

No comments:

Post a Comment