...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, February 29, 2012

MASAK-MASAK...


RABU. 29/2/2012

Hari ni hari terakhir untuk bulan Februari.  Cepat betul masa berlalu.  Hari ini juga aku menghantar borang pertandingan Masterchef 2012 sempena Nutrition Month.  Mulanya malas juga nak masuk bertanding.  Maklumlah  resepi kena cipta sendiri.. healthy pulak tu untuk orang yang ada “high blood pressure”.
Tapi bila ada kawan-kawan yang mendesak suruh aku hantar resepi … aku cuba juga.  Kalau ada rezeki dan resepi aku terpilih antara 10 yang terbaik dapat la masuk final dan masak depan audien. Dah… hari ni selamat hantar borang dan resepi.  Semoga terpilih antara yang terbaik.
ni lah dia pertandingan MasterChef tu....


Bila kenang bab-bab memasak ni..aku teringat ketika beraksi di TV9 tahun lepas dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.(15 Mei 2011 @ Ahad)  Aku menjadi jemputan untuk slot  sarapan pagi di rancangan tersebut..  Menu aku pulut udang@ pulut panggang.  Perrghh… menggigil juga, almaklumlah ramai jurukamera kat depan..kena soal jawab dengan pengacara lagi.  Ketika tu Farah kot…  Buat demo masak secara live!!!..sesuatu yang aku tidak pernah jangkakan.

Tapi semua itu adalah pengalaman yang sangat berharga.  Pertama dapat masuk TV9..dan selebihnya market kuih pulut udang aku semakin meningkat.. Siapa sangka..dan aku sendiri pun tidak pernah menduga…

Selepas itu selalu juga aku dihubungi oleh TV9 untuk buat demo masakan lain pula.. dalam rancangan yang sama.  Aku menolak kerana rasanya cukuplah sekali…kerana aku tak ada resepi dan juga masakan yang menarik untuk dikongsi…

 live di TV9 @ Nasi Lemak Kopi O...

sportlight tu panasss... nasib baik Farah cool...aku pun tak ler gabra sangat...

 

No comments:

Post a Comment