KHAMIS. 2/2/2012
Hari ni suami ada farewell dengan kawan futsal dia. Katanya budak tu akan bertugas ditempat baru. Makan kat mana ntah…aku pun dah lupa. Lepas waktu pejabat aku berlegar-legar di The Mall (Sunway Palace). Sementara tunggu suami aku habiskan masa dengan sebaik mungkin.
Mulanya nak window shopping untuk isi masa terluang. Tinjau punya tinjau nampak pula sandal yang agak cantik. Kebetulan sandal aku dah rosak. Dah lama rosak sebenarnya.. apalagi rembat lah sepasang. Konon sandal tu nak pakai waktu berjalan-jalan..
Puas melilau perut lapar la pulak. Al maklum tengahari tadi aku memang tak ambil lunch pun. Nampak KFC. Singgah order dan makan.. tiba-tiba aku teringat pada anakku.. Dia kalau masuk KFC suka sangat makan kolonel chicken rice.. Sebakkk.. Aduhaii… Perasaan memang tidak dapat ditahannn…
Ayam pun dah makin kecik sekarang....
No comments:
Post a Comment