...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, February 10, 2012

RAWATAN SUSULAN DI SJMC

JUMAAT.  10/2/2012

Salam jumaat.  Hari ini aku dan suami ada temujanji susulan di SJMC.  Sampai di SJMC sebelum waktu temujanji.  Sempat untuk mengisi perut.  Tinjau-tinjau di café.  Alahai… satu pun aku tak berkenan.  Selera macam tak terbuka jer.  Dua tiga kali pusing aku ambil dua ketul popia basah yang dah disiap pek bersama white coffee.  Suami cuma minum ice lemon tea jer.. hehhehe harga bukan main mahal.  Lupa pulak nak snap gambar…

Jam 10.00 pagi kami sampai di kanter pendaftaran.


daftar dulu bang....

Waktu menungu tak lama.  Lebih kurang jam 11.00 dah keluar dari bilik doktor.  Syukur tak ada temujanji lagi.  Maknanya sakit kami berdua dah ok. 

Seperti minggu lepas, kami kena juga buat rawatan fisio.  Satu bilik rawatan tu cuma aku dan suami saja..berborak sampai terlelap.  Jam 12 tengahari semuanya selesai.  Bergerak balik ke KL kerana dah hampir waktu solat jumaat.

Sebelum suami solat jumaat di Masjid Wilayah, sempat juga singgah makan di Medan Selera Jalan Duta.  Punyalah lapar.  Maklum pagi tadi makan 2 keping popia basah jer.  Tu pun tak habis..  apalagi belasah nasi beriyani dengan ayam goreng.  Ni saja yang tinggal….(lupa nak snap gambar sebelum makan tadi…)


 tinggal separuh jer...

tayang-tayang... jam ka pinggan nasi...pergghh..licin

No comments:

Post a Comment