...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, February 16, 2012

BUKAN PATAH HATI...

KHAMIS. 16/2/2012

Banyak juga kerja pagi ni.  Semua nak cepat.  Urgent dan urgent…. Itu saja.  Kadangkala bossan juga.. tapi dah memang tugas aku, kena buat lah juga.

Dalam sibuk-sibuk menaip document..tiba-tiba..praappp jatuh.  Alahai cermin mata  aku patah daa.. Dah la rabun dekat..payah la pulak nak menaip..nak membaca .. apa pun tugas yang dibagi pagi tadi terpaksa juga dihabiskan.  Menggagau la jugak..

Ini baru rabun dekat..bagaimanalah keadaanya jika penglihatan aku ditarik.  Memang sukar digambarkan.  Apapun aku masih bersyukur kerana masih mampu melihat dan cuma sekadar rabun dekat.. Terima kasih tuhan..

Alahai.. kenapalah cermin mata ni boleh patah dalam waktu kritikal sebegini.  Tapi mungkin juga ada baiknya.. boleh ganti yang baru.  Bukan patah hati pun.. tapi kalau hati yang patah bolehkan diganti dengan yang baru…

“Kalau transplant memang boleh”..kata seorang kawan.

Aku senyum  penuh makna.

 ...boleh ganti yang baru...tapi merana sekejap

No comments:

Post a Comment