RABU. 1/2/2012
Cuti hari Wilayah Persekutuan. Aku dan En Suami ke SJMC Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan. Tak ada temujanji pun. Walk-in saja. Dalam perjalanan sempat juga sarapan di Pelita Nasi Kandar Sri Hartamas. Tosai cheese dan roti canai..
Roti canai... peberet En Suami
Tosai cheese..memang peberet aku..
Kami sampai di SJMC lebih kurang pukul 11.00 pagi. Berpusing cari parking. Susah betul.. Akhirnya dapat juga parking di kawasan perumahan berhampiran.
Terus buat pendaftaran di ER (Emergency Room). Tak lama menunggu. Aku dan En. Suami dipanggil oleh doktor. Sebaik berjumpa doktor kami dirujuk terus ke pakar. Selesai semua dokumen kami terus ke klinik doktor pakar.
Jam dah hampir 12.15 tghari. Nama dipanggil terus masuk kebilik doktor dan aku diarah mengambil ujian makmal (urine test) di tingkat 5 dan juga x-ray. En. Suami cuma buat x-ray sahaja. Oleh kerana waktu rehat semakin hampir aku bergegas dulu untuk mengambil ujian makmal. Selesai aku turun ke tingkat satu untuk buat x-ray. Jumpa En. Suami disitu. Dia tengah tunggu namanya dipanggil. Selesai semuanya kami pergi lunch. Makan nasi campur di restoran Bawang Merah. Sedap juga asam pedas ikan pari kat situ.. (Tak sempat nak snap gambar….)

Selesai lunch kami bergegas semula ke klinik pakar. Nak review x-ray dan juga result urine test aku. Berdebar juga. Alhamdulillah. Syukur padaNya. Tiada ada apa-apa yang membahayakan. Cuma aku dan En. Suami dinasihatkan buat fisio. Lama juga di Jabatan Fisio. Jam 5.15 petang baru selesai. Huhh.. penat betul. Satu hari di SJMC… aku lihat En. Suami dah keletihan..
Balik singgah makan satey di Rawang.. Perut dah lapar..apalagi belasah..
Ini saja yang tinggal…
Tu jari En suami...
No comments:
Post a Comment