...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Monday, February 6, 2012

CABUT GIGI...


SABTU. 4/2/2012

Hari ni agak sibuk juga.  Pagi lagi dah ke NSK beli barang dapur.  Suami kerja.  Cuma aku, Baz dan kawan dia yang ada dirumah (Zuhair..budak dari Sabah yang sekelas di SDAR)

Selepas balik dari NSK Baz dan Zuhair nak ke pekan Rawang.  Aku hantar mereka ke pekan sebab kebetulan aku nak ke Klinik Gigi.  Sebaik turunkan mereka di BSN aku terus ke Klinik Gigi.  Tak der temujanji pun.  Kalau pesakit tak ramai aku nak cabut gigi.. 

Setiba di klinik jam 11.00 pagi.  Budak kaunter tu kata boleh tunggu.  Tak lama sangat.  Sampai juga giliran aku.  Berdebar juga nak jumpa dr gigi walaupun selalu  ke situ.



Jam 12.30 selesai semuanya.  Aku balik kerumah.  Bekas bius belum habis.. rasa bibir dan mulut tebal semacam… tidur sekejap. 

Jam 2.30 Baz telefon suruh ambil dia kat KFC Rawang.  Bergegas aku  kesana.  Ambil mereka dan hantar ke Jusco AEON kat Emerald East @ Rawang pulak.  Balik rumah terus masak untuk makan malam.  Sempat juga buat sup ayam dan ikan bercili.  Goreng papadam.  Cukuplah untuk malam ni.

Selesai masak terus keluar ambil Baz dan Zuhair di Jusco AEON.  Janji pukul 5 petang.  Dari Jusco terus ke klinik Dharan kat Rawang (untuk follow-up Bazli).  Tak ramai orang pun yang menunggu.  Rupanya doktor tak ada.  Alahai.. buat penat jer..

Dari klinik terus ke kedai gunting rambut.  Nak gunting rambut Baz.  Nasib baik orang tak ramai,  masuk jer terus guntinggg…

No comments:

Post a Comment