KHAMIS. 2/2/2012
Pagi tadi kat radio sinar FM ada tajuk untuk bincang santai… aku dan facebook.. Ramailah caller yg menceritakan pengalaman mereka. Aku tertarik pada seorang caller lelaki (dah tak ingat nama dan dari mana).. Dia ramai kawan dalam facebook (lelaki dan perempuan) katanya mula-mula ok lah borak-borak. Lama-lama minta no hp..dia pun kasilah..lama kelamaan dia diganggu oleh suara-suara nakal yang bukan perempuan dan bukan juga lelaki… hahaha..yang kau bagi no hp kat orang-orang yang tak dikenali tu kenapa????..kan dah kena kacau…
Banyak yang menarik sebenarnya dari cerita yang mereka sampaikan. Bagi aku tak salah kalau berkongsi cerita..sama ada suka atau sebaliknya. Pendengar boleh menilai sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. itu saja
Ada rakan pejabat mula memberi soalan cepumas pada aku. Aku terkulat-kulat nak menjawap..hehehehe tak ada account facebook??? Macam tak percaya jer.. tapi percayalah yang aku memang tak ada pun account facebook.
Zaman maju cenggini pun kau tak der facebook???.
Itu zaman yang maju..tapi aku masih mundur..haahhaha.. agaknya lah.
Bila nak buka account???
Bila..huhuhuuu
Aku ada sebab yang tersendiri… Biarlah RAHSIA…
Kau ada?????
No comments:
Post a Comment