KHAMIS. 9/2/2012.
Sebenarnya sejak semalam lagi aku dah memulakan tugas yang agak berat ini. Almaklum.. dah bertahun aku meninggalkannya. Semalam dan hari ini memulakan kembali… perrghhh..penatt.. Tapi semangat mengatasi segalanya. Aku perlu kuatkan semangat yang masih berbaki ini. Itu yang aku harapkan.
Jalan Tun Razak
Berjalan kaki dari tempat kerja (Jalan Tun Razak) ke Wisma Sime Darby (WSD) yang terletak di Jln Raja Laut adalah satu jarak yang agak jauh sebenarnya. Itulah keputusan yang aku buat. Suami tak payah jemput aku di Jln Tun Razak lagi. Sebaliknya aku yang akan berjalan kaki ke WSD.. Hahahahha..pelikk.
Sebelum berjalan kaki… dulunya aku berjogging di Tmn Tasik Titiwangsa. Sekurang-kurangnya seminggu tiga kali. Tapi atas nasihat doktor..aku disuruh berjalan kaki saja. Sebab katanya berjogging boleh memudaratkan tulang belakang aku. Atas sebab itulah aku mula berjalan kaki. Seminggu 5 kali hari bekerja..itu pun jika tak hujan…
Melintasi Chow Kit teringat aku zaman belum berkahwin dulu. Turun bas mini dari Chow Kit berjalan ke Central Market. Tak terasa penat. Barangkali faktor umur kot. Almaklum ketika itu baru berusia awal 20an. Tapi hari ini memang terasa penatnya..huhuhuuu.. mungkin umur yang dah menjangkau 40an.
Tanya seorang kawan..kenapa aku bersusah payah nak berjalan kaki dari Jln Tun Razak hingga ke WSD.. bukankah menyusahkan diri namanya. Ah! Biarlah. Aku ada alasan tersendiri. Dan alasan itu hanya aku dan suami yang tahu. Semoga kadar KOLESTROL aku akan beransur turun ketahap yang rendah..
Semoga Tuhan memberikan aku kesihatan yang baik untuk aku meneruskan hidup dalam usia sebegini.. Amin.
dah sampai... ikutkan google map 2.4km jaraknya...
tapi aku rasa macam lagi jauh jer dari jarak tu...
No comments:
Post a Comment