...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, May 31, 2012

IKAN BAKAR LAGI....

KHAMIS. 31/5/2012

CUTI.  Memang apply cuti ari ni.  Bawa Baz ke Sime Darby Medical Centre kat Subang Jaya. Nak check mata dia.  Dah dua minggu merah.  Pelik jugak mata Baz ni.  Tak gatal..tak sakit..tak melekat.  Dah pergi pun klinik biasa tapi tak menjadi jugak.  Akhirnya buat appointment dengan pakar mata kat SDMC.

Hari ni pagi lagi dah sampai SDMC.  Jam 9.30 dah siap register.  Kebetulan orang tak berapa ramai..  Tunggu kat depan bilik doctor.  Kejap jer duduk dah kena panggil.  Cepat sungguh.
Jam 10.15 dah selesai semua.  Ambil ubat..next appointment semua lengkap.  Dah boleh balik.  Mana nak pergi errkk?  Soping?..makan??  Baz nak makan lah.  Dia nak sangat makan kat situ.  Tempat tu memang peberet kami pun.


 registration counter...tak ramai pun


pemeriksaan mata...


 tunggu ubat.......

11.20 dah sampai.  Yuhuuu..orang tak ramai lagi.  Banyak tempat duduk.  Boleh pilih-pilih.  Ahaa..order dan makan.  Ikan bakar Bellamy yang sedap.  Aku tak makan nasi pun.  Meratah jer.  Maka inilah hidangan tengahari aku dan Baz.  Kerang bakar.. sotong.. ikan keli.. dan terubuk.  Layan pulak dengan air kelapa.  Apalagi cuaca panas berbahang..Memang layan habisss.


 kerang bakar...ikan terubuk kat sebelah..


sotong bakar..nyumm..nyumm..


ikan keli..memang peberet Baz...



Sempat juga singgah Tesco beli barang dapur.  Balik rumah letih dan kenyang.. zzzzzzzzzzzzzzzz….

Tuesday, May 29, 2012

CINTA KOLESTROL....

SELASA. 29/5/2012

Hari ni check tahap kolestrol.  Dah lama aku tak check pun.  Last sekali bulan Januari. Maknanya dah empat bulan.  Harap-harap tahap kolestrol aku menurun.. maklumlah dok jogging selalu..makan pantang..(pantang jumpa ehh..) suplemen dok amik jugak..Cuma tak makan ubat kolestrol jer lagi.  Doktor suruh makan..tapi aku yang tak nak.. konon nak control sendiri..
Pagi tadi patient tak ramai sangat.  Aku minta tolong Hj Husin ambilkan darah.  Malam tadi dah puasa dari jam 10.00 malam. Berdebar jer tunggu keputusan.. Alahai…
Jam 11.00 pagi result dah ready.  Minta tolong boss yang printkan.  Huhuhu.. kusangka panas hingga ke petang..rupanya ujan ditengahari.  Tuuu diaaaa..tinggi daa.. Aku pun tak sangka kenapa boleh jadi lagu tu. Mencanak dia punya tinggi..
Isshh… apalah yang salah aku makan errkk.  Mau tak mau kena jugak telan ubat.  Doktor dah bagi aku Lipitor untuk dua bulan.  Dia suruh aku makan ubat jugak-jugak.  Jangan degil.  Lepas abis dua bulan ubat tu , check kolestrol semula.  Hehehe.. confirm la kolestrol turunkan..
Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti kenapa kolestrol aku boleh tinggi.  Dari tahun lepas sampailah hari ni, tak ada tanda pun yang kolestrol aku menurun.  Susah hati..risau dan segala macam bermain di kotak fikir. Dan untuk merawat rasa rungsing itu aku cuba memujuk diri sendiri.. Barangkali faktor genetik.. Aduhai.. boleh kah begitu????..


tinggi tuu... 7.7..ada sesaper boleh lawan???



perbandingan yang paling ketara dari tahun 2011...risau aku...

Monday, May 28, 2012

KEHILANGAN ( catatan rindu buat RUBY….)

ISNIN. 28/5/2012
“Nama awak siapa?” Aku memulakan kata, kerana aku seringnya memang begitu.
“Rubiah,” jawapmu pendek.
“Habis saya nak panggil apa?” Soalku selanjutnya.
“Suka hati awaklah, tapi saya suka kalau awak panggil saya Biah, sebab keluarga semuanya panggil begitu.”  Jawabmu.
“Alaa.. tak best, macam nama orang dulu-dulu.  Biah tu nama nenek saya tau.. Jadi kalau saya panggil awak Ruby, tentu bolehkan.”
“Kan saya dah kata, suka hati awaklah.” Jawabmu ringkas dan tegas, seolah-olah ingin segera menamatkan perbualan.
“Nama saya L.. tapi orang panggil Chombie..,” aku memperkenalkan diri tanpa membiarkan kau bertanya terlebih dahulu.  Mungkin kau tidak seramah aku, tapi dari raut wajahmu aku tahu, ada kemesraaan di situ..
"Chombie??..ahakss..macam cerita Ibu Mertuaku.  Kassim Selamat ada?"
Aku membiarkan saja pertanyaan itu tanpa sebarang jawapan pun.
“Selamat berkenalan.”  Sambungku sambil menghulurkan tangan, pinta disambut…dan tepat sekali, kau menyambutnya.  Mesra.
Saat demi saat yang berlalu memaksa kita untuk sering bertemu.  Dan pertemuan memang tidak dapat mengelakkan diri kita untuk menjadi lebih mesra.  Akhirnya kita menjadi dua orang sahabat yang paling karib.
Kau minat menyanyi dan aku paling kagum denganmu kerana kau cepat menghafal lagu-lagu baru yang disiarkan di radio.  Seperti katamu lagu dan irama tidak dapat dipisahkan, dan di mana kau berada, di situ jua pastinya ada irama itu.  Dan sebagai menepati cita-cita seorang sahabat, aku jua akhirnya menjadi seorang peminat lagu yang setia.
Tentu kau masih ingat, kita paling gemar pada lagu-lagu dendangan Alleycats dan kita sering menyanyikannya bersama-sama.
Begitulah Ruby, nilai kasih yang saling kita beri dan terima antara satu sama lain.  Antara kita, rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi dan antara kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Tapi kini, apa yang tinggal hanyalah kenangan.  Kau pergi jua meninggalkan aku sendirian di sini.  Masih aku ingat betapa banyak airmata kita yang mengalir di saat-saat perpisahan itu tiba.  Dan, dipertemuan kita sebelum kau berangkat, kau masih juga tidak lupa untuk menghadiahkan kepadaku sebuah lagu, yang begitu bermakna dan sering menjadikan airmata ini terlalu murah nilainya… Akulah itu Ruby, di dalam lagu tersebut…

Saturday, May 26, 2012

PASAR MALAM JALAN TAR...

SABTU. 26/5/2012

Hari ni aku ngan Baz meronda sakan.  Panjang langkah kami... bukan meronda ke mana pun.  Cuma ke Pasar Malam Jalan TAR.  Lama sungguh aku tak jengah pasar malam kat situ.. Jadi hari ni aku ngan Baz meronda lah kat situ.

Kebetulan dah janji dengan Baz nak cari jersi bola untuk dia.  Kami sampai jalan TAR waktu tengahari.  Panas terik.  Ingatkan tak lah sibuk sangat sebab masih awal.  Rupanya..alahai.. penuh sesak dah dengan orang ramai.  Ni pasar tengahari merangkap pasar malam...

Puas berjalan.  Meninjau mana yang patut.  Payah gak nak cari jersi bola ni.. penat lah jugak.  Akhirnya dapat jugak beli.  Rupanya tak banyak penjual yang berniaga jersi bola.  Adalah dua tiga peniaga.  Tu pun depa duduk kat ujung-ujung jer..

Dah jumpa penjual jersi...bab memilih la pulak.  Punyalah cerewet Baz memilih.  Penat aku melayan..dengan panasnya..dahaga..peerrghhh..rasa macam dah serik nak kesitu.  Ntah berapa kali aku beli airbatu pun tak tahulah.  Air kelapa..air tebu..air jambu..tu belum kira air mineral lagi..

Hampir jam 5 baru kami balik.. nak beli syawarma kebab pun tak dapat.  Ramai betul orang dok beratur..nampak gayanya lain kali lah aku beli..



ramai sungguh...time ni panas terik..


Friday, May 25, 2012

SELAMAT BERCUTI BUAT BAZ...

JUMAAT. 25/5/2012

CUTI  hari ni.  Ambil Baz dari asrama.  Cuti sekolah dua minggu.  Banyak barang nak kena bawa balik rumah.  Jadi aku pun bercutilah..

Sampai SDAR Baz dah siap kemas barang-barang dia.  Izzudin pun nak tumpang sampai rumah kat Semenyih.  Aku angkut sekali.  Lepas solat jumaat semua dah ready.. apalagi  terus gerak...nak hujan pulak tu. Lambat nanti jalan jem..

Sampai KL awal la jugak.  Singgah The Mall kejap.  Makan McD dan soping.Tak banyak beli barang pun.  Meronda jer yang lebih.

Dua minggu ni seronok la sikit sebab Baz ada kat rumah.  Kami pun tak der plan nak kemana-mana sebenarnya... tengoklah macam mana nanti..Kalau nak pergi mana-mana apply cuti jer.  Tak susah sangat.

Untuk Baz selamat bercuti.  Kesian...dia baru baik demam.  Badan pun dah susut.  Tak per lepas ni boleh makan..sebab ibu dah senaraikan resepi yang boleh membina badan...hahahahha...

 kesian dia...lapar errkkk..

Thursday, May 24, 2012

SEMBANG MASAK LEMAK….

KHAMIS. 24/5/2012
Hari ni busy sikit.  Tapi sikit kurang dari semalam.  Tak der cerita apa pun sebenarnya.  Sekadar mencoret apa yang terlintas.  Kadangkala idea pantas jer datang…tapi kekadang tu buntu jugak..alahaiii..
Bila tak der cerita nak tulis rasa macam tak seronok jer.  Tawar dan hambar.  Umpama makan nasi dengan kicap dan ikan kering.  Tapi tu pun dikira masih bernasib baik sebab ada nasi untuk dimakan..tapi kalu ikan kering cicah kicap..huuuhhh perittt dan masinnn.. aarrgghhh..
Tiba-tiba rasa macam nak makan ikan kering la pulak.. masak lemak cili api ikan kering ngan nenas..perrgghhh.. memang layan.  Aku tak pasti resepi macam mana yang sedap untuk buat masak lemak ikan kering ni.  Aku punya resepi versi sendiri yang telah diubah suai.  Tapi aku pernah makan kat satu tempat..dia punya masak lemak..marbelesss.. kuah pekat..lemak..cukup rasa. Dah tak ingat kat mana..tapi area KL lah.  Kampung Baru kot. 
Ikan paling best untuk ngam ngan nenas ni ..ikan sepat atau ikan talang..isi campur tulang.  Nanti boleh try resepi ni errkk.. resepi ni kawan aku kasi.  Dia orang Negeri Sembilan..yang memang diakui masak lemaknya sodapppp..
Bahan-bahannya

4 ekor ikan sepat masin- di potong 2  ( atau ikan talang..isi + tulang)
1/4 biji nenas manis - dipotong nipis
1 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam

Caranya


1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin (ikan sepat atau ikan talang) sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak.. sedia untuk dihidangkan panas-panas.  Selamat mencuba untuk yang berminat..

Rasanya nak masak untuk malam ni lah.  Itu pun kalau sempat.  Kalau tak..hari sabtu/ahad pun boleh.. Kalau dah masak nanti boleh la letak gambar kat sini.. Esok Baz balik.  Cuti dua minggu.  Aku dah susun resepi untuk masak dan makan bersama Baz… Itu saat yang paling seronok bila kami dapat berkumpul dan makan bersama…

                           kalau nak lebih tradisional boleh giling jer bahan-bahan tu..
                                     kalau nak senang dan cepat kisar jer lahhhh....
                  (nostalgia.. dulu-dulu buat sambal belacan guna penggiling nilah...)

Tuesday, May 22, 2012

DALAM KENANGAN...

SELASA.  22/5/2012

Hari ni hari terakhir aku menghadiri Seminar di Swiss Garden KL.  Sekurang-kurangnya dapat juga hilangkan stress... rilek dan santai.  Pergghhhh...gitu..


ni group aku... adik-adik yang manis-manis dan peramah...


Memang seronok dan tidak membosankan.  Itu yang dapat aku huraikan.  Rata-rata yang datang dari GLC dan Kerajaan Negeri.  Banyak ambil gambar sebenarnya.  Nanti kalau ada masa aku upload disini. 

Terima kasih pada Adell dan Noreen sebab dengan pantas  email semua gambar-gambar tu.. Yang lain pun dah janji nak email....tapi depa sibuk kot...

ni hari pertama...semua nampak macam malu-malu jer....


yang paling best......makan time
(Noreen..Nor dan aku)

                                                            hari ke dua...dapat bunga lagi...


huhhh...kalau bab posing...lentukkk

CERITA BOLA BELUM HABIS....

SELASA. 22/5/2012

Yuhuuu...lama juga tak bersiaran.  Sibuk sikit.  Dua hari pi Seminar.  Masa terhad.  Tu pasal tak bersiaran.  Rindu???..alahai..ada juga yang dah mula merindui tulisan aku... terima kasih lah..

Hari ni hari terakhir Seminar.  Lega...  sempat juga bersiaran.  walaupun cerita dah lapuk dah.  ialah cerita pasal bola hari sabtu tu.. Dah tau keputusan dia.. Sime Darby kalah pada Kelantan 1 - 0.  Tak der rezeki tu..tahun depan cuba lagi.

Hari sabtu tu aku naik lrt ke Bukit Jalil.  Dalam lrt saja dah ramai penyokong Kelantan.  Seram sejuk aku tengok depa punya gelagat..huhuhuu..payah mau cerita.  Teringin jugak nak ambik gambar..tapi rasa cuak laaaaa....Sampai Bukit Jalil pun penuh sesak dengan penyokong Kelantan jugak.  Aku dan suami  berjalan menuju ke arah penyokong Sime Darby ditempatkan.  Lama jugak pusing. Ramai yang menunaikan solat maghrib di luar stadium.  Stadium penuh sesak dengan penyokong Red Warriors yang melebihi 80 peratus.  Selebihnya adalah penyokong Sime Darby...huhuhu..

Macam-macam gelagat yang ada.  Acara membaling objek dari atas kebawah pun ada...kekwat betul..  Tapi dalam celah-celah penonton yang ramai tu aku nampak seseorang.  Dia tak perasan aku pun.  Puas aku jerit nama dia.  Puas aku lambai...akhirnya dia bagi respon.. tapi tak sempat pun nak borak.  Sekadar senyum dan angkat tangan jer..  jadilah.

Yang best time nak balik.  Kira perlawanan dah tamat lah...  Aku dan suami keluar awal 5 minit ...nak kejar lrt beb... lambat kalu mau berebut..  tapi sampai jer kat stesyen lrt dah ramai pun orang.  Siap bertolak.  Lrt sampai.  Aku dan suami berada agak jauh dari pintu.  Tapikan sedar-sedar jer dah masuk dalam train...hehehhee..kena tolak rupanya..nasib baik tak der yang buruk berlaku..kiri kanan di kelilingi oleh penyokong Red Warriors..

Apapun kami selamat juga sampai kat Wisma Sime Darby.  Letih dan lapar... Akhirnya singgah makan kat KFC restoran jejantas.. 


ni antara penyokong Sime Darby .......ciputtt jer...



memang betul-betul gegak gempita....


antara senario yang sempat aku rakam



singgah makan KFC kat restoran jejantas..punyalah lapar

 

Saturday, May 19, 2012

MAKAN KENDURI.... FINAL PIALA FA..

Hari ni sibuk sikit.  Biasalah sabtu kan.  Banyak kerja rumah nak kena siap. Hari ni juga ada Majlis Perkahwinan kawan tempat kerja.  Dah janji dengan Shida nak pi sama-sama.

Tengahari sampai juga aku kerumah Shida. Dia pun dah ready dok tunggu aku.  Kami sama-sama ke taman jasa.  Cuaca panas terik..  Hehehehee..cair make-up aku.  Sampai jer tetamu tak berapa ramai lagi.  Macam biasa..makan.  Ada juga cendol dan bubur cha-cha.  Yang sedap cendul lah..sebabnya dahaga sakan..maklum cuaca panas.

Banyak jugak aku amik nasi.  Kebetulan pagi tak sarapan.  Saja simpan perut..  Rupanya Shida pun sama jugak..tak sarapan...hehhehe.. tergelak aku.

Sempat juga tunggu pengantin.  tak ada sanding-sanding pun.  Cuma ada majlis makan beradap jer.  Apa pun Selamat Pengantin Baru buat Lina dan suami.  Semoga bahagia dan kekal abadi hingga akhir hayat. 


terjumpa pulak dengan Sharon...
isshhh.. sajer jer dia dok tayang gelang besaq


Selamat Pengantin Baru buat Lina dan suami..
semoga kekal bahagia hingga akhir hayat


Petang aku ke pejabat suami.  tunggu dia sebab nak pi Bukit Jalil tengok bola final Piala FA.  Antara Kelantan dan Sime Darby..Sepanjang jalan tadi aku nampak banyak betul penyokong Kelantan..siap dengan bendera bagai.. huhuhuu..

Jap lagi jam 7.00 baru nak gerak naik LRT.  Alahai suami habis kerja jam 7.00, jadi lewatlah sikit kami gerak.  Naik LRT kira oklah.  Kalu naik kereta mesti tak sampai stadium...jem weeyy. Harap-harap tak hujanlah.. tapi macam nak ujan jer..guruh dah berdendum..


baju penyokong Sime Darby dah ada.. cuma nak pakai jer



 tiket pun ada...harap-harap dapat masuk stadium

Kalah menang adat bertanding.  Aku pun kalau Sime Darby tak masuk final memang tak pergi tengoklah..mana pernah pi tengok final bola kat Bukit Jalil pun.  Kalau setakat  Stadium Selayang tu adalah jugak. Kalah atau menang aku akan post lah entri tu nanti....



Friday, May 18, 2012

CERITA KOSONG....

JUMAAT. 18/5/2012
Nampak gayanya hari ni tak ada cerita menarik pun.  Kosong dan suam-suam kuku jer…tak bestlah…cuma busy sikit.  Banyak yang kena siapkan.  Minggu depan hari Isnin dan Selasa ada bengkel setiausaha pulak...  Tak jauh pun… kat KL jugak…Memang aku tak masuk opis langsung dua hari tu.. jadi mana-mana kerja yang urgent perlu disiapkan.  Harap-harap semuanya berjalan lancar. 
Malam ni terasa macam nak makan mee goreng mamak jer.  Tengahari tadi tak makan pun.  Tak sempat lah..sebabnya zzzzzzzzzzz……..  kebetulan mee dan semua rencah dah ada. Cuma nak goreng jer… Apalagi…goreng mee sambil ketuk kuali kuat-kuatlah.  Sebabnya kalau nak buat mee goreng mamak kena ketuk kuali kuat-kuat..baru menjadi..  hehehhe.. petua ker tu.. Ntahlah..tapi bila pi kedai mamak cuba tengok depa goreng mee..sure punya kuat dia dok ketuk kuali…
Mee goreng mamak ni sedap kalu layan dengan teh tarik.  Tapi bila selalu jer dok minum teh tarik tak elok jugak untuk kesihatan.  Kolestrol tinggi daa.. Apa kata tukaq la pulak dengan kopi o panas.. bole layan jugak tuuu….
Oppsss..lupa pulak..esok sabtu nak pi tengok bola ngan suami kat Bukit Jalil.  Final FA.  Kelantan lawan Sime Darby.  Tu sebab Sime Darby masuk final lah yang gagah pi tengok.. tiket company suami bagi free..kalu tidak mana pernah pi tengok pun..  esok juga ada member opis kahwin. Dah janji dengan kawan nak pi sama-sama..jadinya esok jadual penuh sampai ke malam.......

jeng..jeng..jeng... dah ready
(hari sabtu baru upload pic ni..huhuuu)
 
 
layan dengan kopi o panassss....
(hari sabtu baru upload)

Wednesday, May 16, 2012

PENGORBANAN.....

RABU. 16/5/2012
Sebenarnya aku menulis apa yang terlintas difikiran.  Ia cukup spontan. Cerita silam atau hari ini cuma bahan asas untuk menulis. Selebihnya adalah rencah yang perlu digarap dan dikarang supaya menjadi adunan yang sempurna.  Begitu juga dengan hidup….
Hidup memerlukan pengorbanan.  Dan pengorbanan itu perlu untuk hidup.  Kadangkala kita perlu berkorban untuk mencapai apa saja harapan dan cita-cita… Cuma seseorang itu perlu pandai memilih jenis dan bentuk pengorbanan.  Kadangkala pengorbanan  juga boleh membawa  kehancuran.. tepuk dada tanyalah selera…
“Aku sebenarnya terlalu banyak berkorban untuk hidup.  Dalam mengejar cita-cita dan impian.  Segala yang pahit dan yang manis telah aku lalui.  Segalanya cukup mendewasakan.”
Itu kata-kata Dila sewaktu kami berjumpa minggu lepas.  Pertemuan itu pun sebenarnya memang telah dirancang dan diatur ..  Dila begitu ceria dan bahagia.  Keyakinan jelas terpancar..
“Kau tahu kan.. ketika aku sarat mengandung anak kedua..suamiku terlibat dalam kemalangan..Apalagi yang ada ketika itu jika bukan kesedihan dan kedukaan.  Terasa dunia gelap gelita.” 
Ahaa..aku masih ingat.  Ketika Dila  sarat mengandung anak kedua..suaminya terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Persekutuan.  Motorsikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang tiba-tiba datang merempuh…Dan selang beberapa minggu dari tarikh kejadian, Dila pula melahirkan bayi perempuan.
“Apapun aku tetap bangga dengan ketabahan kau”.
“Kita perlu tabah dan kuat.  Bagi aku pengalaman silam banyak mengajar tentang kepayahan hidup.  Aku pun bukannya dari keluarga berada. Segalanya bermula dari bawah.”
Yang aku tahu Dila sekarang menjadi pengusaha butik muslimah.  Dulu dia cuma pekerja biasa disebuah syarikat guaman.  Tapi sejak suaminya parah dalam kemalangan dan hilang upaya Dila nekad berhenti kerja.  Dia mahu memberi sepenuh tumpuan untuk menjaga suami disamping menjaga anak-anak yang masih kecil.
Ketika itu ramai saudara terdekat yang menentang. Tindakan Dila tidak mendapat sebarang sokongan.  Kerja gila… apa taknya… suami terlantar sakit dan hilang upaya .. dia pula berhenti kerja.  Apa nak makan?  Macam mana nak hidup?..Arrgghh..berbagai persoalan yang timbul.
“Kau dah fikir masak-masak?”
“Äh.. bumi Tuhan ni masih luas untuk mencari rezeki kalau kita rajin..semoga ada yang terbaik untuk aku”
Itu perbualan kami enam tahun lepas.  Selepas itu kami jarang berjumpa.  Cuma sesekali bertanya khabar.  Selebihnya Dila cuma dirumah menjaga suami dan berniaga on-line secara kecil-kecilan..  Barangkali itulah ketentuan Tuhan.  Dia berjaya mencapai  tahap sepertimana sekarang.  Dan sekarang Dila berjaya mengorak langkah dalam memajukan perrniagaan yang dibina dari titik peluh sendiri.
“Awal permulaan memang perit.  Tapi tak lama.. kau akan rasa manisnya bila  kejayaan datang.  Tak semua yang kita harapkan datang bergolek…sebab tu kita kena bersabar dan perlu berkorban….”
Aku senyum.  Dan seharusnya Dila patut berbangga kerana kedua-dua anaknya semakin berjaya dalam pelajaran.  Suami pula semakin pulih sekalipun tidak sepenuhnya..dan perniagaan pula  semakin berkembang.  Sekiranya diizinkan Tuhan mereka sekeluarga akan ketanah suci untuk mengerjakan rukun islam yang ke lima.  Alangkah manisnya hidup…….
Teringat kata-kata Dila.
"Untuk berjaya kita perlu berkorban...."

 dari album kenangan... semoga berjaya menggapai impian....


Monday, May 14, 2012

SELAMAT HARI IBU...

ISNIN. 14/5/2012

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di mana saja berada dan juga pada semua ibu-ibu yang sentiasa melayari blog aku.

Sebenarnya kesibukan yang melanda semalam membuatkan aku tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini.  Hari ini pun pasti sibuk dengan tugas harian yang tidak pernah habis.  Lantaran sedikit masa yang terluang itu... aku cuba untuk menulis ....  SELAMAT HARI IBU..JASA DAN PENGORBANAN IBU TIADA BATAS SEMPADAN...TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...

Friday, May 11, 2012

TEMAN LAMA....

JUMAAT. 11/5/2012
Aku memandang kearahnya.  Dia juga seakan memandang aku.  Kami bertentang mata.  Lama.  Aku senyum.  Dia juga senyum sambil menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
“Chombieeee…”
“Kerja kat sini ker”
“Ahaa……..Hanaa”
Aku mengangguk sambil menghulur tangan ke arahnya.  Kami bersalaman.  Lantas berpelukan. .  Umpama sepasang kekasih yang lama terpisah… namun siapa yang dapat mengiakan lantaran aku perempuan dan dia bukannya lelaki.
Aku lihat matanya berkaca menahan sebak.  Lama sungguh kami tidak bersua muka.  Hampir 18 tahun.  Satu jangka masa yang agak lama.  Barangkali inilah ketentuan Tuhan.  Menemukan aku dan dia dalam situasi yang tidak di duga.
“Bawa sapa?”
“Teman kawan… dia ada follow up..hang kerja sini ka” isshh..dia saja mengejek loghat penang aku.  Perangainya masih tak berubah.  Peramah dan tetap mesra.
“Ahaa.. sejak aku berhenti kat MBSB 18 tahun dulu.. kat sinilah aku…sampai pencen kot..hehehhe”
“Ok lah.. ada jugak kerja”
“Kau masih kat situ ker.. ‘
“Tak lah.. aku buat bisness la ni”
“Wahh..macam best saja.. join ngan hubby ke”
Dia tunduk.  Diam tanpa sepatah kata.
“Kami dah berpisah”.
“Opppss.. maaf kalau kau terguris dengan soalan aku.  Aku tak bermaksud untuk buat kau rasa tak selesa”
Ähh…bukan salah kau pun..aku yang terlalu emosi”
Mendengar  cerita Hana..aku jadi terharu,  sebak, marah dan berbagai perasaan bermain di fikiran.  Begitulah kita.  Kadangkala sesuatu yang tak terduga datang meragut bahagia.  Damai pun tergugat… yang ada cuma sisa-sisa ketabahan dan keyakinan yang masih berbaki.  Itupun jika kita kuat.  Dan seharusnya satu pujian untuk Hana kerana dia begitu kuat dan tabah mengharungi perjalanan hidup bersama tiga orang anak yang sedang membesar ketika itu.
Telah puas dia mengharung kepayahan dalam membesarkan anak-anak.  Telah puas juga meminta pertolongan dari keluarga dan saudara mara.  Mana mungkin mereka dapat membatu sepanjang masa.  Lama kelamaan sedikit rasa meluat akan terpalit juga dihati. Ah.. betul rupanya kata pepatah.. kasihnya saudara masa berada. Bukankah semasa kita berada saja???? Bantuan yang diberi kadangkala menjadi ungkitan.  Padahal dia juga banyak membantu persekolahan adik-adiknya ketika mereka masih bersekolah.
Tahnhiah untuk Hana kerana bangkit dari kepayahan dan kesakitan yang membelenggu.  Wanita tabah ini berjaya juga mencapai tahap sepertimana sekarang tanpa sebarang sokongan dari orang-orang tersayang.  Hanya anak-anak yang menjadi kekuatan.  Syukur padaNya yang masih memberi sedikit ruang untuk bernafas.
“Tiada siapa yang dapat mengubah atau membantu diri kita …kecuali kita sendiri yang berusaha mengubahnya .. menangis dan meratap hanya membuang masa.  Bangkit dan teruskan hidup”.
Itu kata-kata Hana sebelum kami berpisah.  Terima kasih Hana.  Pertemuan singkat itu sebenarnya membawa kami bercerita masa silam yang penuh dugaan dan cukup bercelaru. 
Atas sebab-sebab tertentu Hana tidak membenarkan gambarnya diupload dalam blog aku..sekali pun kami sempat juga bergambar kenangan.  Aku hormati permintaan Hana.  Wanita tabah ini cukup berjaya sekarang.  Tahniah. Aku cukup berbangga dengan mana-mana sahabatku yang telah berjaya dalam perniagaan.  Semoga tuhan memberi rezeki yang melimpah… dan sekiranya aku berpeluang kearah itu..alangkah manisnya….

betul-betul nostalgia..seterika arang..
apa kena mengena dengan cerita ni yer...tak ada apa pun..sekadar
gambar hiasan


yang ni pun nostalgia jugak... pengisar
kalu nak buat kuih guna tepung beras kena kisar dulu beras
yg dah direndam...memang ambil masa yang agak lama dan kena sabar..
tu pasal kuih orang dulu-dulu teramat sedapppp

 

Monday, May 7, 2012

CUTI-CUTI....

ISNIN.  7/5/2012

Cuti hari ni.  Saja ambil sebenarnya.  Tak der benda pun nak buat kat rumah.  Cuma ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan...  ianya berkaitan dengan bisnes aku.  harap dapat yang terbaik.

Lama juga aku menunggu.  Akhirnya peluang datang tanpa di duga...jadi hari ni kena prepare apa yang patut.  tu pasal kena amik cuti.  Harap-harap ianya akan berterusan dan merancakkan lagi bisnes aku.  Insyaallah.  semoga Tuhan merestui.

Dah petang pun...cepat betul masa berlalu.  nasib baik semuanya dah selesai.. Kejap lagi nak masak untuk makan malam.. ntah apa la pulak resepi hari ni..  Teringat kata seorang kawan  lama yang selalu baca blog aku....dia hantar email baru-baru ni.  Blog akak ni penuh dengan makanan... dah banyak makan errkk..tak takut gemuk ker???

MEE UDANG...

AHAD 6/5/2012

Hari ni tak masak nasi pun.  Baz kata dia nak makan mee udang.  Sudahnya buat mee udanglah....  lama jugak tak makan mee udang ni.  Last sekali makan tahun lepas.  Time tu pekena mee udang kat Sungai Dua.  Selalu kalau balik kampung akan mee udang kat situ lah.  memang terbaaeeekkkkk.

Kat KL ni aku tak pernah lagi makn mee udang yang sedap.  kalu nak makan pun buat sendiri jer.  menjadi lah jugak.  tapi tak lah sesedap mee udang Sungai Dua.  kalu sedap mcam tu dah tentu aku buka kedai mee udang..

Semua dah ready dah.  Senang aku siap masuk dalam bekas plastik.  Nanti sampai asrama Baz cuma letak kuah jer.  Bekas plastik tu kalu tak mau bawa balik boleh buang terus..senang cerita.

 dah ready... yang togel tak berdaun tu Baz punya..
dia memang tak mau sayur pun..



dah sampai asrama Baz..ni time nak makan...
 dah letak kuah..udang tak lah besar sangat..
 wahh..sedapnya dok layan mee udang...

Saturday, May 5, 2012

...DAN REZEKI YANG DATANG

SABTU. 5/5/2012

Rezeki hari ni.. pagi tadi ada kawan lama telefon nak order pasemboq mamak.  Tak lah banyak mana pun..cuma 30 orang makan saja.. tapi ianya cukup bermakna pada aku.  Kebetulan dia telefon ketika aku kat NSK untuk beli barang..  Sudahnya belilah sekali bahan untuk buat pasemboq mamak.

Bahan kering dah sedia ada stok kat rumah.  cuma cari bahan basah jer.. taugeh..tauhu..daun kucai..timun dan sengkuang.  Tak lah kalut sangat pun.  Kebetulan dia nak makan dalam jam 4.00 petang.  Ahaa..sempat buat..walaupun order last minute.  Lagi pun jarak kami tak jauh..cuma 2km..tu pasal aku terima saja order dia.  Lagipun tak baik menolak rezeki..  ni test market nama dia..

2.30 petang semua dah ready..dah masuk dalam bekas.  Jam 3.00 aku dah hantar kat rumah dia.  dah.. lega satu bab.  Sorry tak sempat nak amik gambar pun.  Kamera kat hp ada problem... haruuu.

Settle semua aku ke KL..ada urusan sikit.  Singgah jap kat opis suami.  hantar pasemboq kat dia.. kesian dia tak sempat nak keluar makan pun..  Sebelum balik singgah jap kat Chow Kit.. beli barang sikit.  cari barang untuk Baz pulak.. esok nak ke asrama dia.  Ada saja yang dipesan.  huhuuuhuu..


 ni antara barang-barang yang Baz pesan..

Masuk jer KL sure jalan jem.. ramai pulak yang keluar soping ari ni.. maklumlah tengah lebat..hahhaha.. Malam tu sempat buat mee goreng mamak.  Makan pula dengan teh tarik..  Suami kata tak payah lepak kat kedai mamak Ali maju lagi dah.. sebab teh tarik yang aku buat... perrghhh.. 3 gelas dia minumm...


mee goreng mamak dan teh tarik buih 1 1/2 inci....
lepas ni dah boleh buka warung teh tarik..huhuhuuu



Wednesday, May 2, 2012

UCAP SELAMAT HARI PEKERJA..SIARAN TERTUNDA..

ISNIN. 1/5/2012

MASIH SIARAN TERTUNDA..
SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA YANG BEKERJA..

Hari ni hantar Baz balik ke asrama dia semula.  Tahan juga airmata dari jatuh..namun ia gugur juga.. Aduhai..sepi lah lagi..  Buat anakku Baz.. selamat menempuh peperiksaan minggu depan..  Semoga berjaya mengejar cita-cita.  Ibu dan Abah sentiasa mendokan yang terbaik buatmu..

sayangku... semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu

CUTI..MAKAN-MAKAN.. MELAWAT PAMERAN RAJA KITA…

ISNIN. 30/4/2012

Cuti.  Saja ambil cuti hari ni.  Tambahan Baz pun ada dirumah. Sebenarnya nak bawa Baz makan ikan bakar kat Bellamy belakang Istana Negara lama.  Kami memang suka makan kat situ.  Tapi sejak Baz duduk asrama dah jarang sangat dah pergi Bellamy.  Kalau ada pun bila cuti sekolah masa Baz ada bersama…atau hari sabtu.
Sampai situ 11.30 pagi.  Pagi tadi memang tak sarapan apa pun.  Simpan perut sebab nak makan ikan bakar lah.. isshhh..dah ramai yang beratur.  Tapi tempat duduk masih ada.  Sengaja datang awal sebabnya kalau lambat kena beratur panjang dan tempat duduk memang dah penuh.  Lagi satu parking agak susah.. tambahan pula hari ni hari bekerja.  Kalau tengahari memang sesakkk.
Macam biasalah.. Baz amik ikan keli dan sotong bakar..aku ambil terubuk dan suami pula cencaru.. kena pula dengan air kelapa..perrghhh..
ikan bakar Bellamy......

sotong bakar... udang belum sempat masak lagik

ikan keli peberet Baz...
Lepas makan kami singgah di Istana lama sebab ada pameran Raja Kita yang sedang berlangsung.  Inilah peluang nak melawat istana lama tu..sebab aku tak pernah pun melawat sebelum ni..
Ramai juga pelawat yang ada.  Apalagi bergambar sakan kami.. hehehhe..bila lagi kan. Memang cantik kawasan tu.  Berbaloi datang..
pameran Raja Kita...

posing dulu sebelum melawat... panas weeyyy


tandatangan buku pelawat... wakil dari SDAR..

antara yang menarik..

depan singgahsana..

pokok emas negeri Kedah




sebelum balik sempat lagi cari port untuk posing...

Sebelum sampai rumah sempat juga singgah di AEO Rawang.. apalagi kalu singgah di situ..sopinglah..
yuhuuu...durian laa.. apalagi beli laaaaa