RABU. 29/2/2012
Hari ni hari terakhir untuk bulan Februari. Cepat betul masa berlalu. Hari ini juga aku menghantar borang
pertandingan Masterchef 2012 sempena Nutrition Month. Mulanya malas juga nak masuk bertanding. Maklumlah
resepi kena cipta sendiri.. healthy pulak tu untuk orang yang ada “high
blood pressure”.
Tapi bila ada kawan-kawan yang mendesak suruh aku hantar
resepi … aku cuba juga. Kalau ada rezeki
dan resepi aku terpilih antara 10 yang terbaik dapat la masuk final dan masak
depan audien. Dah… hari ni selamat hantar borang dan resepi. Semoga terpilih antara yang terbaik.
ni lah dia pertandingan MasterChef tu....
Bila kenang bab-bab memasak ni..aku teringat ketika beraksi di TV9 tahun lepas dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.(15 Mei 2011 @ Ahad) Aku menjadi jemputan untuk slot sarapan pagi di rancangan tersebut.. Menu aku pulut udang@ pulut panggang. Perrghh… menggigil juga, almaklumlah ramai jurukamera kat depan..kena soal jawab dengan pengacara lagi. Ketika tu Farah kot… Buat demo masak secara live!!!..sesuatu yang aku tidak pernah jangkakan.
Tapi semua itu adalah pengalaman yang sangat berharga. Pertama dapat masuk TV9..dan selebihnya market kuih pulut udang aku semakin meningkat.. Siapa sangka..dan aku
sendiri pun tidak pernah menduga…
Selepas itu selalu juga aku dihubungi oleh TV9 untuk buat
demo masakan lain pula.. dalam rancangan yang sama. Aku menolak kerana rasanya cukuplah
sekali…kerana aku tak ada resepi dan juga masakan yang
menarik untuk dikongsi…
live di TV9 @ Nasi Lemak Kopi O...
sportlight tu panasss... nasib baik Farah cool...aku pun tak ler gabra sangat...