SELASA. 29/1/2013
Semalam hantar Baz ke asrama semula.
Tiga hari dia bercuti bersama..tak lah sunyi sangat. Kebetulan Baz bawa kawannya Alvin bercuti
dirumah. Riuh rendah la jugak…Jadi semalam Baz dah balik semula ke SDAR. Macam
biasa lah.. sunyi kembali.
Ni cerita tentang Almond Flakes.
Biasanya tempahan banyak masuk sempena CNY yang akan datang. Anne dah mula order untuk beberapa kiosk
biskutnya sekitar Wangsa Maju. Hari sabtu tu aku mula menghantar Almond Flakes
yang Anne order sempena CNY. Kami jumpa
di Breadtise Café Melawati.
Almond Flakes untuk CNY
Lega..katanya Almond Flakes aku dapat banyak permintaan. Sama juga seperti tahun lepas. Cuma tahun ni Anne tak buat hamper untuk
Syarikat Korporat. Jadi permintaan untuk
hamper memang tak ada..
Tak kisahlah. Anne dah ada regular
customer. Dan regular customer itu juga
merupakan penggemar Almond Flakes. Best
kan..
Lepas jumpa Anne kat Melawati, bawa Baz dan Alvin ke Pavillion. Saja merayap sebenarnya. Lagipun dah lama tak ke sana. Parking full.. alahai.. puas berpusing
melilau hingga tahap bosan...dapat juga akhirnya.
.
decoration sempena CNY kat Pavillion memang menarik
Food court pun penuh. Dah janji dengan dia orang nak makan kat Pavillion.
Pusing keliling.. hanya KFC yang masih ada meja kosong. Jom serbu KFC.. .janji dapat santappp….bukan
tersentappp. Perut perlu di isi….lepas tu baru jalan sambil shopping. Hehhehhe..shopping
ka?? Dapat lah dua pasang kasut!!!...
KFC @Pavillion...isi perut dulu
keluarga Superman @ Pavillion
No comments:
Post a Comment