JUMAAT. 4/1/2013
Rehat panjang hari jumaat ni. Nak buat apa ya.. tido?? makan?? shopping?? Arrgghh tak tahu la nak pilih mana satu. Tup-tup ada pula yang telefon nak ajak keluar lunch… ahaa.. bedal jer lah.
Hari ni memang panas. Ishh..nak keluar makan panas-panas cenggini. Berbaloi kaa??..Elehh..pagi tadi kan dah tepek sunblock satu muka. Siap ada SPF 50 lagi.. tak payah risau lahh.
Akhirnya lunch la jugak. Makan..borak..borak..makan…haaahhh kenyang. Kebulur jugak ya..maklum lah pagi tak ambil sarapan pun.
makan sampai kenyang..
terima kasih pada yang terlibat
dalam acara makan-makan ni..
Dah kenyang ngantuk la pulak. Malam tadi tidur lewat sebenarnya sebab kena siapkan tempahan durian crepe. Adalah 20 peket. Tempahan dari regular customer yang dah selalu order. Hari ni dapat lah feedback. Ni antara yang aku dapat melalui email.
From: Ainiladly bt Abdullah
Sent: 04/01/2013 10:42
Subject: Durian Crepe
Sent: 04/01/2013 10:42
Subject: Durian Crepe
Aslm kak, Durian crepe akak mmg sedapppp sgt! Tak tipu, patut la depa yg dah order ngan akak pun ckp sedap. Bagus la air tgn akak..sedap belaka. Jazakallahu khairan! Nnt bley cheq order lagi naa. Mabelessssssssss… syg akak! J
Wahh.. terima kasih daun keladi. Bila-bila belilah lagi.
Hari ni juga Almond Biscotti yang ditempah untuk majlis kenduri kahwin seorang kenalan siap seperti yang dirancang. 2000 pek siap dibungkus kecil-kecil. Comel sangat.. Pagi tadi kakak tu dah pun amik kat pejabat. Legaaa.. Aku risau sebenarnya kalau-kalau tempahan orang tak menepati masa yang ditentukan. Tapi syukur.. segala urusan dipermudahkan olehNya.
legaa.. semua dah siap pek...ni cuma sebahagian
yang lain dalam bonet kereta..
yang lain dalam bonet kereta..
No comments:
Post a Comment