SELASA.
22/1/2013
Aku jarang dok melepak sampai
kematu depan TV menonton segala macam program yang ditayangkan. Tengok program laa.. kalau best dan menarik
minat aku tunggu sampai habis.. Kalau
tak…. aku lebih suka baca novel..baca majalah..atau chit chat dengan suami…
Tapi sekarang ni ada drama
RUBY ditayangkan kat TV3 dalam slot samarinda.
Mula-mula dulu tak berapa nak layan sangat… tapi bila dah tengok rasa
macam seronok la pulak… Pelakun utama pun best.. Siti Saleha, Shaarnaz Ahmad,
Hanez Suraya dan ramai lah lagi.
Sebenarnya suka tengok Siti
Saleha sebagai Syuhara.. Dia cantik sangat.
Shaarnaz??.. watak dia sebagai Benjamin macam kasar-kasar manja….bodoh
sombong..dan kadangkala kelakar. Mungkin
episod akan datang lebih romantik kot.. harap-harap…
Ruby mengisahkan tentang
seorang gadis yang bernama Syuhara seorang anak yatim piatu yang membesar di
rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana.
Setelah keluar dari rumah
anak yatim mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.
Di situ Syuhara berkenalan
dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya Dato’kamal dan sangat disayangi
oleh neneknya Nek Mariam. Ben juga
mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya
Nadia. Datin Afifah bersama-sama
dato’kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah
mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia
menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara.
Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?
Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?
..jemput tengok...
Waahh.. makin
lama, makin menarik cerita ni. Tak sabar nak tunggu sambungan tiap minggu. Tapi nasib baik jugak tayangan selama sejam @
3 hari (Selasa, Rabu, Khamis) Masih
berbaloi tengok sambil makan cekodok pisang, ubi goreng sama teh tarik sendiri
buat… apalagi layannn. Teh tarik habis segelas..bertambah-tambah lah lagi!..
habis segelas..tambah lah lagii..
No comments:
Post a Comment