...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Tuesday, January 15, 2013

SELAMAT BERSARA…HAJI HUSSIN


SELASA. 15/1/2013

Lama juga aku tak melilau kat blog sendiri.  Sibuk la jugak akhir-akhir ni.  Kadang-kadang tak sempat pun nak melilau.  Bila dah melilau kena la jugak bersiaran.  Dan bila dah bersiaran kena mengadap lama.  Jadi memang tak cukup masa nak mengadap lama-lama.   Jadi biar jer lah..

Hari ni curi sikit masa yang ada.  Ooo..tak lah bersarang sangat blog aku ni.  Cuma berhabuk sikit-sikit saja..tapi masih nampak cantik.. tergelakk..


yang dirai..Hj Hussin..

Malam minggu lepas ada farewell dinner untuk Hj Hussin sempena persaraan beliau.  Majlis berlangsung meriah.  Buat pun kat penjuru jabatan aku saja.   Banyak makanan.. banyak hadiah.. kira enjoy lah.  Yang paling best aku berjaya juga meneka guli dalam balang dan dapat hadiah utama yang merupakan satu-satunya hadiah untuk teka guli.  Rezeki..hehehehe.


waaa..bestnyaa

Untuk Hj Hussin selamat bersara.  Katanya Hj Hussin akan mengikuti sukarelawan ke Gaza tak lama lagi.  Alhamdulillah.  Semoga dipermudahkan segala urusan...kerana niat yang baik itu pasti mendapat keredhaan Allah.  Selamat pergi dan selamat kembali.


antara yang menarik..pastinya dapat hadiahhh...

No comments:

Post a Comment