...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, January 9, 2013

CINTA JARAK JAUH…. SETIAKAH KITA??


RABU. 9/1/2013

Cinta Jarak jauh??? Alaa.. jauhnya.. sampai mana ya.  Sebenarnya aku tidak pernah merasai cinta jarak jauh pun.  Sebab segala pertemuan bermula di KL dan kemudian berkahwin dan menetap di KL.  Tak pernah rasanya menanggung rindu dendam yang tiada penghujung.  Waahh..cenggitu sekali..

Ada juga dikalangan teman-teman aku yang mengalami cinta jarak jauh ni.  Bercinta.. berkahwin dan kemudiannya menetap berjauhan di negeri  yang berasingan.  Rindu?? Sudah semestinya.  Sekadar sms, chatting  dan berbual melalui telefon apalah sangat.

Setia?? Kenalah setia pada pasangan.  Itu yang selalu aku dengar dari kawan-kawan yang berjauhan dengan suami/isteri dan juga yang dah pun bertunang.  Tak lupa juga bagi yang masih bercinta-cintaan.  Tapi sampai bila ya??  Setia kehujung nyawa. Hehehe  tepuk dada tanyalah iman.. sekarang dah tak boleh guna peribahasa tepuk dada tanya selera sebabnya selera memang sering berubah dan kadangkala tak der selera langsung.. huhh..parahhh.

Aku ada seorang kawan.  Ini bukan cinta jarak jauh. Cinta jarak dekat sebab dia duduk sebumbung dengan suami dan 5 orang anak. Usia dah pun menjengah 40an.   Tanpa sedar bercinta-cintaan dengan lelaki yang lebih muda darinya.  Akhirnya berpisah dengan suami dan lari ikut lelaki muda.  Anak-anak yang seramai 5 orang itu dibiar bersama suami tanpa sedikit pun rasa kasihan.  Adilkah???  Harapnya dia tidak menyesal tak sudah..

Kadangkala tuhan mahu menduga sejauh mana kesetiaan kita pada pasangan.  Tidak kira jauh atau dekat.  Dugaan yang datang kadangkala amat sukar untuk ditepis.  Cuma kita saja yang tahu bagaimana untuk melawan arus deras yang sering datang untuk meruntuhkan benteng kesetiaan yang telah terbina itu.  Wallahualam.


 bercakap pasal selera tiba-tiba selera aku berubah pada 
190 darjah tengahari tadi..  McD sekali hadap..
belasah sampai habis.. macam orang kebulur..

iklan sekejap.. ni iklan ubat gigi

1 comment: