...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Thursday, January 24, 2013

MAULIDUR RASUL 2013...


KHAMIS. 24/1/2013


Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.   

Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiul'awal tahun 1434 Hijrah bersamaan dengan 24 Januari 2013.

Cuti hari ni sempena Maulidur Rasul.  Apa nak buat errkkk??..rasanya nak bermalas-malasan...nak rehat.  Bila lah lagi kan.  Asyik masak..makan..makan masak jer.  jadi hari ni tak nak masaklah...Boleh gitu???

Akhirnya dapat juga sarapan (boleh kah dipanggil sarapan kalau dah 11.00 pagi??) kat Tanglin.  Nasi lemak lah... Ni antara tempat peberet aku dan suami.  Dulu-dulu nasi lemak ni dok bawah pokok depan klinik tanglin jer... Sejak bandaraya dah sediakan tempat, depa dah tak berniaga bawah pokok lagi.  Selalu kami berdua bersarapan kat situ. Nasi lemak dia memang best..sedap!!!.. walau kureng ummpphh dari dulu (masa bawah pokok) aku dan suami tetap followww..

Petang tadi hujan.  Bila hujan mula lah lapar.  Nak makan apa ya??.. Akhirnya pi Restoran Ali Maju.  Makan tosai cheese.. roti canai sama teh tarik.  Lepak kat kedai mamak sambil layan DVD yang ditayangkan kat skrin.  Ntah apa cerita....  tapi seronok kannn.

 tosai cheese...







No comments:

Post a Comment