RABU.
16/1/2013
Hari ni memang free. Balik dari kerja tadi masak dan makan
malam. Itu saja. Selebihnya dok depan TV dan chit chat dengan
suami.. macam-macam isu. Yalah.. nak
chit chat dengan sapa lah lagi. Baz pun nun
jauh kat Seremban.. Agaknya masa cenggini dia tengah dok study.... Kadangkala terasa jugak sunyi.
Nak buat biskut tak ada
tempahan. Boleh la rilek sikit.. Durian
crepe?? Ada sikit-sikit. Tapi aku kumpul
order untuk hari jumaat ni. Buat
sekaligus… lebih berbaloi..
Ahaaa....ni teman kami
berborak. Pisang dan ubi goreng panas
dengan kopi o terangkat. Suami yang bagi nama kopi o terangkat sebab katanya sedap dan cukup kawww. Sebenarnya aku belajar bancuh kopi ni dari emak. Kopi emak buat memang kawww....
Pisang ni beli
kat pasar tani hari tu. Lupa nak goreng..tapi
masih elok. Ada pula ubi kayu…pun beli
kat pasar tani. Sebenarnya ubi kayu ni
aku beli nak buat bingka ubi. Tapi dah
nak masuk seminggu bingka pun tak jadi-jadi jugak. Goreng jer lah.
Sambil makan..sambil
borak. Ntah cerita apa kat TV tu…Tak
menarik langsung. Lebih menarik lagi
layan pisang dan ubi goreng dangan kopi o terangkatt…memang berbaloiii..
No comments:
Post a Comment