...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, February 1, 2013

CUTI HARI WILAYAH...


JUMAAT. 1/02/2013

Yuhuuu..cuti hari ni sempena hari Wilayah Persekutuan. Memang seronok.  Dapatlah tiga hari termasuk sabtu dan ahad.  

Semalam dah plan nak tengok wayang. Alaa.. pawagam cuma sepelaung jer dari rumah.  Lama dah nak tengok cerita ni.  Asyik tertangguh jer.  Aku free.. suami pulak kerja.  Kadangkala ada jemputan kenduri kahwin.  Sibuk buat tempahan biskut lah lagi..segalanya…


tiket dah ada.. popcorn large dah beli..

Cerita apa errkk??? Jom layan Hansel and Gretel witch hunters.  Sebenarnya filem ni dah lama kat pawagam sejak bulan januari lagi. Seronok tak?? Boleh lah layan…tak bosan dan tak mengantukk....

Ni haa..aku ada bagi sinopsis sikit. Kurang lebih macam tulah ceritanya…

Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’

Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar.
Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.

Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?

Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. 

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ yang masih ditayangkan dipawagam berhampiran!

Sebenarnya malas nak menaip cerita sampai habis....

 

No comments:

Post a Comment