SELASA
12/2/2013
Yuhuuu.. masih bercuti la
sempena Tahun Baru Cina. Esok Baz dah
nak balik asrama dah. Jadi hari ni bawa
dia untuk siri JJCM kami.
Kebetulan hari ahad lepas
dalam rancangan JJCM TV3 nampak pengacaranya Iqram Dinzly punya la sedap dok
makan nasi ayam kat Jalan Kapar Klang…Huuuhh.. hari ni nak pi carilah lokasi
Famous Nasi Ayam tu. Sebab bila tengok Iqram
makan macam sedap jer.. Baz memang penggemar nasi ayam pun..
Lokasi di Batu 2, Jalan
Kapar, Klang. Bersebelahan dengan Maahad
Tahfiz dan diseberang jalan tu ada masjid kubah hijau.. tepi jalan jer. Agak senang nak cari. Jom terjah..
sambil tunggu order.. snap sana sini..
Kami sampai orang memang
ramai. Tu pun dah hampir pukul 2
petang. Adalah satu meja kosong yang
masih belum dikemas. Duduk lah jugak
sebab memang dah tak boleh nak memilih tempat duduk pun.. kalau tak duduk pasti
orang lain rembatt.. Punyalah meriahnya.
Order memang lambat sebab
ramai yang sedang dok menongkat dagu sampai terlentok.. Pak Cik yang kemas meja tu bagi tau hari ni
memang orang ramai sesangat. Pagi lagi
dah kena serbu. Almaklumlah baru keluar
kat JJCM TV3..pasti ramai yang nak mencuba..
antara nasi ayam yang kami order..
Sebenarnya aku nak sangat
makan roti jala yang ada kat situ. Tapi tak
buatlah pulakk.. Order lah nasi ayam
black pepper, nasi ayam brown souce, nasi ayam special dan bakso.. Air??.. sama
macam Iqram minum hari tu.. Lai Chi Kang.. hehehe
Nasi memang banyak. Kenyang melantak. Cuma aku bukan peminat fanatik nasi
ayam. Bagi aku rasanya biasa-biasa
saja. Tapi Baz kata tu nasi ayam yang
sedap pernah dia makan… Agaknya lah kot sebab dia memang penggemar nasi ayam.
masih berbaki...
Memang tak habis pun aku makan. Mungkin sebab banyak sangat nasi dia. Lepas tu makan bakso la pulak. Errrmmm…ahakkss..
Hujan lebat sebaik kami meninggalkan
Famous Nasi Ayam. Kenyang sampai malam. Jadi malam ni tak payah nak masak dan sah-sah
tak makan malam dahhh…
No comments:
Post a Comment