Cuti sempena Tahun Baru Cina yang merupakan tahun ular air. Dapatlah cuti panjang. Baz pun balik bercuti bersama kami. Hari rabu dah kena hantar Baz balik ke asrama semula. Hari khamis dia dah mula sekolah.
Kuih bakul antara makanan tradisi masyarakat cina sempena tahun baru ni. Kalau dulu-dulu jiran kami selalu bagi kuih bakul bila menjelangnya sambutan tahun baru cina. Kuih tradisi itu masih dibalut dalam dalam daun pisang dan dikukus begitu lama lalu menghasilkan aroma yang sungguh menyelerakan. Itu dulu...ketika aku masih di sekolah rendah. Sekarang agak payah nak cari kuih bakul yang dibuat secara tradisi. Kalau ada pun cuma dibungkus dalam bekas plastik yang berbagai bentuk dan rupa.
Sama seperti tahun-tahun lepas..tahun ni juga uncle depan rumah menghulurkan limau mandarin pada kami. Pagi lagi dia dah datang dan hulurkan sebungkus limau. Waaa.. terima kasih uncle...
Petang tu kami ke TGV. Memang dah rancang nak tengok wayang... A good Day To Die Hard. Sampai jer makhluk dah ramai beratur nak beli tiket.. terjengah-jengah lah suami ku sambil membaca screen kat depan kaunter. Huhuhuu.. rupanya tayangan tu untuk 18 tahun keatas.. Dengan hampanya tak dapatlah nak tengok sebab Baz baru 15 tahun. Kesiannn... cerita lain adalah.. tapi macam tak best jer..
Apalagi nak buat errkk... akhirnya kami lepak di McD yang tak jauh dari TGV. Santai sambil makan... kecewa tetap ada...!
No comments:
Post a Comment