...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Friday, March 23, 2012

PENANTIAN YANG TERJAWAB...

JUMAAT. 23/3/2012

Sebenarnya hari ini aku malas nak up date blog.  Sebabnya tak ada pun cerita menarik untuk dikongsi bersama pembaca yang dah mula meminati blog aku. Tambahan kawan-kawan sepejabat.  Mereka sering ternanti-nati entri terbaru aku.  Katanya tulisan aku menarik dan cerita pula penuh makna..  Cuma ada yang bertanya kenapa tak ada resepi yang diselitkan disini.  pasembor mamak atau laksa penang...Alahai..bab ressepi aku memang tak berapa pandai nak tulis.  aku masak pun main campak-campak jer.  Tak ada pun sukatan yang tepat...

Bercakap tentang resepi..aku nak kongsi sedikit rasa gembira di sini.  Dalam entry yang lepas aku ada menulis tentang IJN MasterChef Challenger 2012.  Kalau tak silap entry bulan Februari ...tajuk masak-masak.

Hari ini aku dah dapat keputusan muktamad dari pihak penganjur.  Syukur....aku antara lapan orang yang terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir.  Sesuatu yang agak mengejutkan kerana sememangnya aku sendiri pun tidak pernah menduga...

Mulai hari ini aku kena buat betul-betul resepi yang akan aku pertandingkan nanti.  Cuba dan terus mencuba... maklumlah masak dirumah tidak sama seperti masak di depan audien.. mau seram sejukkk.. tapi aku kena buat yang terbaik.

Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi sokongan dan galakan pada aku untuk terus mencuba sehingga aku berjaya diantara lapan yang terbaik ke peringkat akhir.  Doakan semoga aku berjaya nanti.... Syukur.

Wednesday, March 21, 2012

HARI ISNIN YANG SIBUK...

ISNIN. 19/3/2012

Hari ni masuk kerja macam biasa setelah lama bercuti.  Rasa malas jer..kalau mc kan best..Kebetulan aku tak berapa sihat.  Sakit kepala.  Tapi bila mengenangkan tugas yang menanti dan banyak yang perlu di selesaikan aku gagahi juga.

Bila dah namanya datang pejabat..kenalah selesaikan apa yang patut... huhhhh... bosannn.  Tiba-tiba teringat pada anakku Baz.  Semalam (ahad) hantar dia ke asrama semula.  Aku kembali sunyi.  Sepi di mana-mana.

 wahhh....anak ibu..

Juga Al fatihah buat allahyarham Samsudin bin Salleh (Pak Ngah @ abag kepada abahku) yang telah kembali ke rahmatullah pada hari isnin 19/3/2012 lebih kurang jam 11.30 malam.  Semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin

Begitulah kita...setiap yang hidup pasti akan mati.  Semoga hidup sentiasa diberkati dan mendapat rahmatNya..

SESUATU YANG TAK DI DUGA...


SABTU. 17/3/2012 (Petang)

2.30 petang kami bertolak balik ke KL.  Singgah isi minyak di Shell Sungai Dua dan teruskan perjalanan.  Langit cerah.  Cuaca panas.

Singgah sebentar di R&R Sungai Perak.  Alahai… kereta buat hal la pulak. Tak boleh nak hidupkan enjin.  Puas suami mencuba, gagal juga.  Barangkali berpunca dari bateri kereta.  Kena “ jumper batery” … tinjau jugak kalau-kalau ada pihak PLUS yang meronda di kawasan sekiar.  Hampa.  Pada yang lalu lalang juga suami bertanya kalau-kalau ada jumper.  Pun hampa.

 R&R Sungai Perak arah selatan....menunggu PLUS RONDA

kasihan Baz......tolakkkkk






terima kasih PLUS RONDA


Akhirnya suami menelefon pihak PLUS dan memberitahu lokasi kerosakan.  Mereka berjanji akan datang membantu.  Syukur.  Lama juga menunggu.  Hampir sejam.  Akhirnya pihak PLUS datang… Kesihan Baz kena tolak kereta.. aku macam biasa..ambil gambar.

Takut akan berulang lagi suami ambil keputusan untuk singgah di Ipoh tukar bateri kereta.  Sampai di Ipoh…mencari kedai bateri kereta.  Nasib baik jumpa dan tak jauh sangat dari susur keluar ke lebuhraya. 

 sampai Ipoh...cari kedai bateri kereta


dah jumpa pun kedai.... bateri baru


dah siap pasang

Huhuhuu… terbang RM300.  Apa nak buat.  Segalanya memang tak terduga lansung.  Apa yang penting dan patut disyukuri kami selamat sampai di Rawang walau pun dah malam. Letih dan laparrr…

KISAH KENDURI KAHWIN....

SABTU. 16/3/2012.

Masih di kampung…dan akan kembali semula ke KL hari ini.   Tapi pagi tu sempat juga aku dan Azlieyn_maq ke pasar penaga.  Sebenarnya dia nak makan jongkong seperti aku beli semalam.  Alahaii..kesian..penjual jongkong tu cuti la pulak..tak ada rezeki..  ternampak pula orang jual putu buloh.. Untuk mengubat rasa kecewa terus beli..

Ni sarapan pagi kami… lepat pisang tu emak yang buat..rasa memang tak pernah berubah dari dulu.  Apalagi yang dapat aku kata..memang sedappp.

 putu buloh..putih melepak


lepat pisang..emak buat..


Sebelum menghadiri kenduri kahwin ada sessi bergambar.  Azlieyn_maq akan menghantar Afeeqah ke MRSM Pendang.  Buat Afeeqah selamat kembali ke sekolah.


 Nurul Afeeqah dan aku

 dah nak sama tinggi dengan alang dia dah


Baz dan tok ayah

Baz dan mak tok

emak, Afeeqah, aku, Baz dan abah... mana Azlieyn_maq


Tengahari aku, suami, Baz, emak dan abah menghadiri Majlis Perkahwinan dari rakan sepejabat di Kepala Batas.  Kebetulan sampai saja ada cendol Hj Hashim.  Dah ramai yang beratur.  

                       makan cendol dulu sebelum makan nasi... lagi pun cuaca panas..
                                                                      hilang dahaga


kudap-kudap di meja tetamu...aku teringat dulu-dulu ketika Baz masih kecil.  Dia suka biskut gula ni..tapi dia makan bunga gula saja yang warna hijau...hehhehe..warna lain dia tak mau..huhhhh


meja pengantin..

untuk tetamu yang hadir

Kami makan  dengan menu selera kampung.  Ada ikan goreng, kari , sambal udang petai, telur masin, berjenis ulam-ulaman dengan sambal belacan dan yang paling menarik ikan pekasam goreng garing.  Jarang benar ada menu sebegini. 
 
ni dia...


 selera kampung...
(ada ulam pucuk beluntas..dan pucuk gajus.. pucuk beluntas ni memang susah nak dapat..Cuma sambal belacan pedas sangatt..)  

Selesai makan kami bergegas pulang tanpa sempat melihat pengantin  bersanding, kerana aku suami dan Baz akan balik ke KL.  Untuk En Hashim sekeluarga terima kasih atas jemputan.

BOS DATANG...



JUMAAT. 16/3/2012 (siaran tertunda..lewat update)

Hari ni sibuk sikit.  Pagi lagi dah bangun dan ke pasar penaga dengan emak.  Sebabnya nak masak-masak untuk tetamu yang bakal bertandang.  Dan tetamu itu adalah bos aku dari KL.  Sebenarnya bos dan family dia datang menziarahi anaknya di Seberang Jaya.  Kebetulan aku ada di kampung dan aku menjemputnya datang.  Sejak di KL lagi dia dah berjanji nak datang.

Aku dan emak beli bahan-bahan yang hendak di masak.  Syukur semuanya ada.  Selesai membeli di pasar aku dan emak singggah di sebuah gerai jual nasi lemak.  Beli nasi lemak untuk Baz dan suami.  Ahaaa.. aku ternampak pulakk.. sesuatu yang dah lama sangat aku tak makan.. Rasanya dah berbelas tahun.. Pulut kelapa dengan ikan tamban masin.. Apagilagi terus beli..kalau makan dengan kopi o panas memang terangkat..

Mata ligat memerhati apa lagi yang dijual.  Ternampak pulak penjual disebelah nasi lemak tu.  Yang ni lagi lama aku tak makan.  Di KL memang tak pernah jumpa langsung..  Yuhuuu  jongkong la.. lama sungguh aku tak makan.  Dulu-dulu jongkong ni banyak di jual ketika bulan puasa saja..  Apa tungu lagi… belii…

Balik rumah terus melantak..seperti yang aku kata tadi, bila dikampung diet aku tolak tepi dulu..layan jer gambar-gambar ni.. mengancam ….

pulut kelapa ikan tamban masin

ni lah jongkong..dibalut daun pisang


daun pisang dibuka..isi jongkong..rasa tepung beras lemak manis..memang layan
 walaupun rupa dia tak cantik


nasi lemak daun pisang... tajam dan tinggi muncung dia..hehehhehe


Tengahari.. abah, suami dan Baz ke masjid.  Selamat menunaikan solat jumaat.

 sempat berposing...tinggi cucu dari tok ayah..

Jam 3.30 bos sampai.  Sebetulnya aku dan suami menunggu bos di penaga. Makanan dah sedia terhidang.  Kebetulan bos dan family  belum makan tengahari lagi.. Menu kami untuk bos dan family .. laksa penang dan pasembur mamak.  

                                     

menu orang penang untuk bos dari KL


bos duduk kat bawah jer...


bos kata sedapppp


Untuk bos, isteri anak dan menantu..terima kasih kerana sudi datang.  Dan yang paling best bila mereka memuji semua makanan yang dihidang sedap-sedap belaka..Memang sedap agaknya sebab aku tengok dia orang makan bertambah-tambahhh..

 sempat juga depa bergambar dengan suami, mak, abah dan Baz


aku pun menyelit sekali...

..eehhh..ehhh..cucu pun nak tumpang bergambar jugakkk


Petangnya Azlieyn_maq dan Afeeqah sampai…Selamat balik kampung.

Tuesday, March 20, 2012

BALIK KAMPUNG...

KHAMIS. 15/3/2012 (lewat update...aku busy..)

Hari yang ditunggu-tunggu…  yuhuuu balik kampung laa.  Pagi lagi aku dah bangun.  Berkemas apa yang patut. (sebenarnya sejak malam tadi aku dah mula packing barang.)
Selesai berkemas kami bertolak lebih kurang 7.45 pagi.  Singgah sarapan di R&R Rawang.  Nasi lemak bungkus yang masih panas.. sedap juga.  Cukup sekadar mengisi perut yang kosong..
 R&R Rawang arah utara

sarapan pagi.....

 wah..layan nasi lemak...

8.30 pagi kami meninggalkan hentian R&R Rawang menuju ke utara…  satu perjalanan yang agak jauh..tapi tidak membosankan kerana masih mendapat siaran Sinar fm.. Sesekali terhibur dengan telatah dj …kadangkala tersenyum sendirian.

 dah sampai Ipoh

Sepanjang jalan panas terik.  Cuma singgah sebentar di R&R Sungai Perak..beli buah dan teruskan perjalanan…Lebih kurang 12.30 tengahari kami sampai…

 yuhuuuu....kampungku..dah sampai pun

Makan..rehat dan tidur.. bangun tidur terasa nak makan cendol Hj Hashim di Kepala Batas.  Aku dan suami merupakan penggemar cendol tersebut.  Tiap kali balik kampung memang cendol itulah yang kami cari.. memang sedap..manis..dan cukup lemak dengan santan yang pekat.  Kalau kat KL memang tak jumpa pun cendol yang rasa sebegini.  Sempat juga aku borak dengan pak cik cendol tu.  Katanya di Kepala Batas ni ada empat cawangan cendolnya.  Mungkin bulan depan akan dibuka di Tikam Batu, Kedah…semoga berjaya dalam perniagaan cendol.. Jom kita layan gambar ni..

 cendul Hj Hashim..Kepala Batas..

lemak..manis..memang sedapppp

licin..aku jarang makan cendol licin begini kalau tak sedap..tapi yg ni licin..

Selesai makan cendol anakku Baz nak makan apam balik rangup la pulak. Tak jumpa pun apam balik rangup kat Kepala Batas tu.  Di Penaga pun tak ada.. Lantas kami ke Kota Kuala Muda, Kedah. Sebenarnya kampung aku berjiran dengan kota Kuala Muda tu.  Sempadan cuma jambatan….Kebetutal ada pasar malam di Kota Kuala Muda.. memqang rezeki Baz lah.. dapat juga makan apam balik rangup.

Kami ronda pasar malam tu.  Memang best dengan segala macam jualan.  Dan yang paling menarik sekali makanan dia sedap-sedap.  Sengaja aku ambil gambar.  Biar menjadi kenangan di blog aku.  

ronda-ronda..pasar malam kota kuala muda

kuih tradisional

putu mayam panasssssss

apam balik rangup...peberet Baz

sempat gak posing..huhuhuuu

Malamnya kami ke Sungai Dua.  Makan lagi.. balik kampung amalan diet aku letak ketepi.. makan selagi boleh makan.  Sebabnya makanan di sini payah nak dapat di KL.. kalau ada pun tak sedap mana..Diet boleh sambung semula bila aku kembali dengan rutin harian di KL..
Memang nak makan char kuey teow.  Tempat yang selalu aku pergi.  Char kuey teow telur ayam di basuh, Sungai Dua.  Memang dari duu lagi kalau balik kampung aku mesti makan char kuey teow di sini.  Sedap dan memang sedap..  Anakku Baz makan sampai dua pinggan…hahahhaa..

 char koay teow yang sedappp

udang disebalik nasi goreng..

abah makan nasi goreng udang
inilah dia... apalagi..belasahhh
 yang ni aku punya..kolestrol tolak tepii

Baz makan sampai dua pinggan

uiksss..dah habis ker bang

nyam..nyamm..ini saja yang tinggal