...sebuah cacatan dari beberapa episod kehidupan yang telah aku lalui...

Wednesday, February 27, 2013

MENULIS DARI HATI… BUKAN SYOK SENDIRI


RABU. 27/2/2013

Ada juga pembaca blog aku yang selalu kirim email.  Katanya suka sangat baca.  Kalau boleh suruh aku menulis hari-hari kat blog.  Huhu.. risau makcikk.. bukannya apa nak perah idea untuk kumpul cerita bukan senang pun.  Tambahan pula ada lenggok bahasa bunga-bunga..jiwang yang mengcengkam..

Bagi aku nak menulis ni perlu ada masa terluang.  Bila terluang baru ada ruang yang boleh dikongsi.  Dan bila dapat dikongsi bersama akan menghasilkan suatu pengalaman yang cukup indah.  Sebab yang indah itu akan cepat diingati… selebihnya adalah bakat.  Dari bakat yang sedikit itu kalau di asah akan tajam dan menikam!..

Aku sebenarnya suka memerhati.  Tiap gelagat atau apa saja yang berlaku pasti mendatangkan ilham.  Watak ada dipersekitaran.  Cuma perlu diolah dan digarap cantik-cantik untuk lebih meninggalkan kesan.

Selalunya aku menjadi pendengar setia pada setiap pencerita.  Cuma sesekali aku menyampuk dan menambah.  Dari situ aku dapat menilai…argghhh..tidak sukar sebenarnya.
Aku menulis untuk kepuasan sendiri...berkongsi cerita dengan pembaca adalah sesuatu yang cukup istimewa.  Ada yang sudah dapat meneka cara mana susunan ayat aku..gaya bahasa dan tulisan yang kadangkala mengusik perasaan…dan telah meneka tepat karya aku tersiar baru-baru ini sekalipun nama samaran tertera..Wahhh..terima kasih pada yang selalu mengirim email.  Aku hargai sangat.

Aku teringat pada pesanan seorang rakan penulis ketika diadakan pertemuan penulis satu masa dulu.  “menulis biarlah dari hati..bukan syok sendiri”..Tidak kira menulis apa sekali pun…  novel, cerpen, puisi, rencana atau penulis blog macam aku!...






  
nostalgia...antara keratan akhbar yang rapi dalam simpanan..



Tuesday, February 26, 2013

INGATAN...


SELASA. 26/2/2013

Sejak akhir-akhir ni aku kerap sangat mendengar lagu nyanyian Dato Shake.  Tambahan pula kalau kat sinar fm.  Penyampai Abby Fana kerapkali memutarkan lagu ni.  Lirik penuh puitis..sayu dan mendayu..  sesuai untuk aku yang retro.. Diakui lirik lagu dahulu memang cukup puitis...

setelah puas google... aku jumpa yang ni

Memang aku suka.  Suka sangat-sangat.  Sesekali perasaan dibuai rasa rindu yang dalam.  Rindu pada masa-masa silam yang penuh warna-warni.  Alangkah!... Tapi mana mungkin aku dapat kembali pada masa-masa silam itu.  Masa silam adalah sebahagian dari kehidupan hari ini…

Kadangkala bila rindu bertandang..kenangan akan singgah di kotak ingatan.  Ingatan masih terpahat kukuh sampai bila-bila.  Dimana-mana…..ah!..manisnya hidup.


Ingatan - Dato Shake

Suatu pagi minggu kududuk termanggu
Dimeja sarapan pagi terhidang memori
Kucapai pisau mentega bak sebatang pena
Lalu disapu ke roti bak menulis puisi

( korus )
Ingatan membara (ingatan membara)
Ingatan menyala (ingatan menyala)
Selagi wajahmu menari di hati
Oh setiap hari

Ku kunyah kenangan (ku kunyah kenangan)
Ku telan kecintaan (ku telan kecintaan)
Engkau sentiasa dalam ingatanku
Sejak mula bertemu...

Terkenang setiap kata di hari pertama
Dikau merapat kehati terus bersemadi
Tidak akan retak bulan tak padam mentari
Tak akan musnah harapan telah kita janji


Tiba-tiba aku teringat pada DIA… semoga damai di sisiNYA.


kucapai pisau mentega bak sebatang pena... 
lalu disapu ke roti bak menulis puisi

indahnya lirik..puitis bahasa...
tengok roti pun dah mengancam hasil dari men'google'


Saturday, February 23, 2013

TENGOK WAYANG : A GOOD DAY TO DIE HARD


SABTU. 23/2/2013

Sepatutnya hari ni aku bersantai-santai manja kat rumah.  Tapi kena datang pulak ke tempat kerja.  Kedatangan WAJIB katanya.  Arrgghh.. macam hukum karma.. Nasib baik separuh hari jer. 


 menu wajib... popcorn...


Sebenarnya rancangan hari ni nak tengok wayang.  Ialah TGV cuma sepelaung jer. Boleh lah selalu tengok wayang.. Hari tu memang hajat nak tengok filem ni.  Tapi bila Baz tak boleh masuk sebab umur dia bawah 18 tahun maka tak jadi nak tengok. Hari ni berdua saja.. apalagi…


Filem ni memang best…penuh aksi.  Aku sertakan sedikit sinopsis.  Peminat Bruce Willis apalagi.. jom terjah pawagam.

Filem “A Good Day To Die Hard ” menceritakan mengenai  John McClane yang telah pergi ke Moskow, Rusia untuk membantu anak lelaki beliau iaitu  Jack McClane. John yang tidak mengetahui bahawa anaknya Jack ialah seorang agen CIA yang terlatih yang sedang menjalankan satu operasi sulit untuk mendapatkan maklumnat sulit dan menghentikan pencurian senjata nuklear. Tanpa disengajakan, John Mclane lakonan Bruce Willis telah terlibat di dalam operasi anaknya dan mereka telah dikejar oleh segerombolan penjenayah  Rusia yang merbahaya. Kedua-dua beranak McClane ini pun berusaha mencari jalan untuk melawan dan menghentikan kejahatan itu. 

Filem ini diarahkan oleh John Moore menjanjikan banyak adegan aksi yang sinonim dengan plot filem DIE  HARD sebelum ini.  Lakonan Bruce Willis memang patut dipuji kerana dia masih sanggup melakonkan babak aksi- aksi yang menarik 

Dan ternyata A Good Day to Die Hard sememangnya satu filem aksi yang wajib tonton oleh kaki wayang semua.


Saturday, February 16, 2013

KAK WAN...1992 - 2013

 SABTU. 16/2/2013

Sepatutnya aku buat entry ni dua mingggu lepas.  Tapi lupa la pulak.. memang aku lupa sungguh-sungguh. Macam ni lah bila usia semakin meningkat.. dah jadi pelupa..Tambahan pula seminggu sebelum CNY aku memang sibuk.  Sibuk dengan tempahan almond flakes yang menjadi kegemaran saban tahun. 

5 Februari lepas merupakan hari terakhir buat Kak Wan bertugas dipejabat tempat kerja aku. Dah pencen ker??... Ishhh belum lagi lah.  Dia dah malas nak kerja.  dia nak rehat kat rumah.  wahhh bestnyaaa.  tak payah nak hadap jem pergi dan balik kerja. 

Sepatutnya hari ni aku dan beberapa kawan lama nak santai-santai dengan Kak Wan.  Tapi tak menjadilah pulak.  pagi tadi aku WhatsApp seorang kawan tanya tentang majlis ni.  Punyalah lambat dia nak reply..huhu.. petang baru dia reply.  Tu pun tengah dok layan hindustan kat TV3.. sama macam aku lah jugakkk.

Apapun untuk Kak Wan selamat menjadi surirumah sepenuh masa.  Ada masa kalu datanglah jengah.. boleh lunch kat cafe.  Borak..gossip..makan.. Arrghh.. itu saja...selebihnya cuma ada  kenangan.  Dan kenangan yang pernah tercipta itu pasti akan membuai rasa rindu yang dalam.. Alangkah!!..

sempat juga bergambar kenangan
 bersama Kak Wan pada 5/2/13 yang lalu..


Wednesday, February 13, 2013

HARI RADIO SEDUNIA...



RABU. 13/2/2013

Kat radio Sinar hari ni memaklumkan yang hari ni adalah hari radio sedunia.  Waahh.. radio pun ada hari jugakk!!..

Radio antara alat untuk menyampaikan maklumat dan hiburan yang dikira paling awal kemunculannya.  Dulu-dulu hanya radio yang ada.  Guna bateri pulak tu ..hehehhe

Aku antara pendengar radio sejak dulu lagi.  Sampai lah sekarang.  Radio tetap menemani aku sekalipun di dapur ketika sedang masak.  Memang rasa sunyi kalau tak dengar radio..  hahhaa..

Zaman berubah membawa sekali nostalgia yang ada.  Sekarang dengar radio boleh guna internet saja.. Duduk lah kat mana pun memang boleh dengar.. Tak payah nak usung radio yang gedabak tu ke sana sini dan pulas punat cari siaran.. Sangat mudah..

radio lama.. pic google


Hari ni hantar Baz balik semula ke asrama.  Lepas makan tengahari kami bergerak ke Seremban.  Siap bawa bekal kari lagi… Maklumlah dia yang request nak makan kari ikan siakap... katanya dah lama tak makan kari ikan siakap yang aku buat...

kari penang ikan siakap.. ni Baz yang request..





terubuk bakar air asam...