RABU. 26/6/2013
Mesti ada yang kata kenapalah asyik dok cerita tentang buku motivasi jer. Semalam pun tentang motivasi. Ni pun sama lah jugak.. dah tak der citer lain ker nak tulis.. huhuhuu..kesian.
Kebetulan minggu ni aku banyak membaca. Tapi ni antara buku yang menarik untuk dikongsi. Kalau setakat novel tu tu memang dah tahu ending dia cam mana. Kalau tak hero/heroin mati.. depa hidup bahagia.. tu saja. Kalau dah berpisah akan bertemu… bla..bla..bla..
Buku KUASAI PEMASARAN, RAHSIA MENARIK PELANGGAN ini dihasilkan dari lanjutan siri Klinik Usahawan & Perniagaan Dr Azizan sendiri. Membaca buku ni menjadikan kita semakin leka untuk mengetahui lebih lanjut lagi. Dari muka surat pertama hingga seterusnya..
Seperti kata penulis dibahagian belakang buku ini : Matlamat buku ini adalah untuk memberi jalan penyelesaian kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk menguasai pemasaran. Awas.. membaca buku ini ibarat mencuri rahsia emas para jutawan dengan cara halal.
Ia adalah maklumat yang dikongsi oleh individu yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan, mempunyai 16 jenis bisnes sehingga hari ini serta cukup dikenali sebagai mentor pemasaran nombor 1 Malaysia.
Kalau ada kelapangan bolehlah membaca buku ini. Kerana sesiapa pun boleh menjadi kaya dan berjaya. Yang penting kena rajin berusaha..
Hahaha.. ini pun tip motivasi jugakkk....
No comments:
Post a Comment